Pop Folk sentiasa jadi pilihan Mafidz - Utusan Malaysia

Pop Folk sentiasa jadi pilihan Mafidz

Kumpulan Mafidz MINGGUAN/ FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENRE muzik pop folk mungkin belum mesra telinga bagi pencinta muzik tempatan. Namun, band Mafidz yang dianggotai tiga beradik yakin genre itu kini makin mendapat sambutan dan menjadi buah telinga pencinta muzik di Malaysia.
Ditubuhkan pada 2018, Megat Hafidz 31, selaku vokalis, Megat Aizzat 29,selaku vokalis dan cajon dan Megat Fazly 21, selaku vokalis dan gitar menyifatkan genre itu paling sesuai dengan mereka.
Bagaimanapun, bukan mudah untuk mereka membina nama apatah lagi segala kerja produksi dibuat sendiri. Mereka perlu berlatih dari bawah untuk menuai hasil terbaik dalam profil seni mereka.
“Kami mencari genre muzik yang sesuai untuk dinikmati sepanjang masa. Tidak dinafikan pop folk belum mesra telinga di sini tetapi ia sesuai dengan perkembangan muzik semasa.”
“Awal pembabitan dulu memang susah kerana semua kena buat sendiri, sekarang pun masih ada sukarnya tetapi lebih menyeronokkan. Selepas puas berusaha, kami akhirnya dapat menghasilkan kualiti muzik seperti dibuat dalam studio rakaman secara profesional,” kata mereka kepada Pancaindera baru-baru ini.
Bagi mereka, lagu-lagu yang dihasilkan mempunyai lirik yang tidak berat dan sederhana. Ramai pasti beranggapan muzik sebegini berat dan liriknya mendalam tapi sebenarnya tidak. Bagi mereka, sewaktu berkarya mereka percaya pentingnya untuk memastikan lirik dan melodi bergerak seiring dan paling penting lirik lagu dapat dirasai pendengar dan dekat di hati.
Kumpulan ini mengaku bekerja dengan darah daging ada cabarannya tersendiri. Namun ia dapat ditangani dengan bijak kerana masing-masing sudah matang . Pastinya mereka mengekalkan sikap profesional dalam bekerja walaupun hakikatnya mereka adalah darah daging.
Dalam pada itu, Mafidz bersyukur apabila menjadi satu-satunya artis Malaysia yang dijemput ke acara International Indie Festival 2018 di Jakarta Indonesia dua tahun lalu.
“Kami bangga apabila menjadi wakil acara yang disertai lebih 30 negara itu. Alhamdulillah, jemputan itu antara pencapaian terbesar kami setakat ini,” tambah Mafidz.
Bukan itu sahaja, Mafidz turut menjalankan perkhidmatan bagi artis-artis baharu dengan menggubah lagu untuk mereka dan sudah pernah bekerja sama dengan warner Music.
Kumpulan itu juga bakal melancarkan album kedua dan pastinya lagu-lagu yang bakal dimuatkan dalam album ini akan mendapat tempat di telinga pendengar kerana terdapat sedikit penambahbaikan di dalam setiap lagu dan pastinya para peminat mereka tidak sabar. – Pancaindera

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya