SENARAI 36 lagu yang layak ke peringkat separuh akhir Anugerah Lagu Indie (ALI) 2020 dilihat seimbang antara artis lama dan artis baharu, menjadikan pertandingan itu lebih menarik untuk ditonton.
Malah, lebih separuh daripada artis yang layak ke separuh akhir adalah artis yang kurang dikenali.
ALI 2020 semalam mengumumkan senarai 36 lagu yang layak ke separuh akhir yang akan berlangsung pada 4, 11 dan 18 September ini.
Antara nama besar yang tercalon adalah Sekumpulan Orang Gila (SOG), Jemson, Loko dan Orkes A. Hizadin.
Carta Indie Rakita
Satu kejutan turut diumumkan hari ini apabila jumlah lagu layak ke separuh akhir yang sepatutnya 30 lagu ditambah kepada 36 lagu.
Enam lagu tersebut diambil daripada lagu-lagu yang pernah menjuarai Carta Indie Rakita di saluran radio Rakita FM.
Enam lagu tersebut adalah Che Using oleh No Good, Gundah Gulana (Loko), Lagu Paling Kecewa Dalam Dunia (Jemson), Menunggu (Orkes A. Hizadin & Ainina Hasnul), Mujikalau Kita Kata Ke Depa Bukan Depa Nak Mau Dengaq (Hacktick!) dan Pelukan Angkasa (SOG & Shila Amzah).
Daripada enam lagu yang terpilih hanya dua lagu yang tidak menghantar pencalonan untuk ALI2020, iaitu Che’ Using dan Mujikalau Kita Kata Ke Depa Bukan Depa Nak Mau Dengaq.
Siapa yang dominasi peringkat akhir?
Penyertaan enam lagu dari Carta Indie Rakita mungkin dilihat tidak adil bagi lagu-lagu lain kerana lagu-lagu tersebut sudah popular dalam kalangan pendengar.
Namun harus diingat, ALI2020 adalah pertandingan yang menilai kualiti lagu bukan populariti lagu.
Seperti yang dijelaskan salah seorang juri, Jennifer Thompson, persaingannya sama rata.
“Walaupun lagu-lagu itu (daripada Carta Indie Rakita) sudah dikenali, ia tidak menjamin kemaraan mereka.
“Banyak lagu dari penyanyi yang kita tak kenal tapi kualitinya amat baik,” katanya di Spacerubix, Puchong,