Peranti berjalan bantu OKU - Utusan Malaysia

Peranti berjalan bantu OKU

Peranti membantu pergerakan pesakit.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kemalangan dan penyakit tertentu seperti angin ahmar, kecederaan saraf tunjang atau pembedahan, boleh menjejaskan upaya dan daya pergerakan individu.

Hingga kini, tidak banyak pilihan alat bantuan tersedia di pasaran yang boleh digunakan untuk membantu individu bergerak dan melalui kehidupan yang normal.

Memahami kesukaran dialami pesakit, Pensyarah Kanan yang juga Penyelaras Kursus (Kejuruteraan Mekatronik) Sekolah Kejuruteraan, Universiti Monash, Malaysia, Dr. Alpha Agape Gopalai membangunkan peranti membantu pergerakan pesakit, Ambulate Me.

 

                                     Alpha Agape Gopalai

 

Katanya, peranti khas itu bertindak menampung berat badan individu dengan memberi isyarat rangsangan kepada kumpulan otot yang lemah supaya boleh melakukan pergerakan.

“Sekiranya perekrutan hanya menghasilkan kontraksi yang lemah dan tidak dapat menyelesaikan gerakan, (akibat dari otot yang lemah) alat ini akan membantu mengesan dan menyelesaikan pergerakan pesakit,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau memberitahu dalam situasi biasa, pesakit hanya terlantar selama dua minggu. Situasi itu menyebabkan jisim otot semakin merosot yang boleh mengakibatkan kita boleh ‘terlupa’ macam mana hendak berjalan.

“Jadi, apa yang berlaku semasa sesi terapi adalah otak anda terus-menerus berusaha mengirim impuls saraf ke otot anda. Dan apabila ini berulang kali terjadi, lama kelamaan, saluran saraf baru dapat terbentuk.

“Sekiranya keseluruhan proses dilakukan dengan betul dan konsisten, otak akan dapat berkomunikasi dengan otot. Proses ini membantu pesakit pulih,” katanya.

Dr. Alpha, membangunkan alat itu bersama penuntut ijazah doktor falsafah (PhD), Saeed Pirbodaghi.

Bagi memastikan Ambulate Me boleh digunakan individu, persakit perlu pastikan ketinggian alat berkenaan sama dengan tubuh pesakit.

Mengulas mengenai aspek keselesaan, Dr. Alpha berkata, sudah pasti pesakit memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan cara alatan itu berfungsi.

“Kami sekarang berada dalam peringkat untuk mengkaji sejauh mana pesakit boleh berjalan sendiri menggunakan peralatan ini. Daya yang selebihnya akan dibantu oleh alat bantuan ini.

“Selepas tempoh tertentu, saya yakin pada peringkat akhir, pengguna akan lebih berdikari dan mampu berjalan sendiri tanpa menggunakan alat ini,” katanya.

Alat berkenaan masih dalam bentuk prototaip makmal. Beberapa ujian perlu dilaksanakan, sebelum percubaan klinikal dilakukan.

Bagi memastikan ia mampu dimanfaatkan orang awam, Dr. Alpha berkata, bayaran akan dikenakan bagi setiap penggunaan.

Peranti ini juga bukanlah untuk tujuan pemilikan individu. Sebaliknya, operasinya akan diletakkan di bawah sesebuah organisasi bagi urusan penyelenggaraan.

“Peranti ini masih dalam proses pembangunan dan kami sedang mencari penyumbang dana serta peluang kerjasama supaya proses menyusahkannya dapat dipercepatkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya