Penghulu segala mata air - Utusan Malaysia

Penghulu segala mata air

SEORANG wanita mengambil air zamzam yang disediakan di dalam Masjidilharam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya ia (zamzam) air yang diberkati, sesungguhnya ia memadai sebagai makanan yang mengenyangkan. (Riwayat Muslim).

Meminumnya untuk mendapat berkat adalah suatu ibadah. Minum air zamzam sebanyak yang mampu adalah pembebasan daripada nifak dan ia adalah al-Syabba’ah (air yang sentiasa mengenyangkan).

Allah telah merahmati Siti Hajar a.s dengan terbitnya sebuah mata air agung dari perut bumi di tanah lembah penuh batu-batuan yang kering dan tandus. Zamzam, mata air luar biasa yang tidak akan kering sejak ia terbit ribuan tahun yang lalu. Ia telah mengenyangkan Nabi Allah Ismail a.s, dan ia akan terus mengenyangkan umat manusia hinggalah ke detik penamat hayat bumi ini.

Ia terbit 21 meter sahaja dari jarak Kaabah yang mulia, bertepatan dengan arah Hajarul Aswad. Telaga paling bersih dan suci ini menerima sumber dari dua arah, satunya dari arah Kaabah dan satu lagi dari arah Bukit Abu Qubais dan Bukit Safa.

Ia tidak pernah dicemari oleh apa-apa jenis kotoran baik serangga, lumut atau apa-apa bahan kimia. Dengan kuasa Allah, telaga penuh mukjizat ini mengeluarkan pancuran mata air yang tidak pernah kurang daripada 11 liter pada setiap saat, tidak pula melebihi paras 18.5 liter. Apa yang lebih mengejutkan lagi, telaga yang sangat prolifik ini hanyalah sedalam 31 meter dari dataran Kaabah.

Pada tahun 1431H/2010 Kerajaan Arab Saudi melancarkan Projek Khas Raja Abdullah Bin Abdul Aziz Bagi Urusan Air ZamZam. Dari telaga utama, air paling suci ini disalurkan ke kilang projek di daerah Kudai. Dua buah pam berkuasa tinggi bertugas secara bergilir selama 24 jam sehari untuk menyedut zamzam ke kilang projek.

Objektif utama projek Diraja ini adalah terus memelihara keunikan kualiti air barakah ini, selain meningkatkan strategi penyaluran 150,000 liter air zamzam setiap hari ke Masjid Nabawi di Madinah.

Ini sekali gus memudahkan lagi umat Islam untuk terus menikmati air ini dengan lebih terjamin kualitinya.

 

 

Ahmad Fazrin Yahaya ialah Pegawai Penyelidik Pejabat Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya