Misi popular Azarra Band - Utusan Malaysia

Misi popular Azarra Band

Azarra Band dan Beby Acha muncul dengan lagu Jaga Jaga
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mahu jadi popular? Mudah jika anda adalah seorang artis yang tidak kisah dengan kecaman dan hinaan. Tahan maki dan sedia untuk dibenci warganet.

Itu perkiraan mudah jika mahu hidup popular. Dikenali ramai walaupun produk seni, sendu. Tiada apa yang boleh dibanggakan.

Bagi Azarra Band, popular itu bonus. Dikenali ramai itu satu pencapaian namun bukan itu menjadi ukuran kejayaan. Lebih baik kerjaya diletakkan di hadapan.

Walaupun lagu-lagu mereka cukup popular dan sentiasa menjadi pilihan radio, namun hakikatnya tidak ramai yang mengenali mereka. Itu bukan sesuatu yang pelik.

Mana tidaknya, dengan hampir 25 juta tontonan di YouTube, tidak keterlaluan mereka digelar antara bakat baru yang bakal terus menyinar.

Namun entah mana silapnya, segelintir peminat masih belum mengenali kumpulan yang dianggotai Ejai (vokalis), Boy (pemain drum), Kidz (gitar) dan Ropez (bass) ini.

“Kami bersyukur, walaupun tidak dikenali sangat namun lagu-lagu kami sentiasa menjadi pilihan pendengar. Mereka terima dan sokong produk kami pun sudah cukup.

“Kalau boleh, biarlah kami berdiri di atas produk-produk seni, bukan kontroversi ataupun publisiti murahan. Populariti itu penting tetapi biarlah selari dengan kerjaya,” jelas mereka yang popular dengan lagu Alala Sayang.

Berbicara soal kumpulan, Ejai selaku vokalis tidak mahu nama Azrra Band bertahan setahun dua sahaja. Mahu kumpulannya terus terbang tinggi, mereka sentiasa memastikan setiap masalah diselesaikan dengan baik.

“Mana ada kumpulan yang tidak bergaduh, berselisih faham? Apatah lagi jika mahu keluar lagu baru. Pasti ada sahaja pendapat yang menyokong dan menentang.

“Tetapi kami lihat itu dari sudut positif. Semuanya demi kumpulan. Bila sudah capai keputusan, kami baik-baik sahaja.

“Setiap kami ada peranan masing-masing, seperti sebuah keluarga. Apa juga masalah, pasti ada penyelesaiannya,” katanya.

Sementara itu, single terkini, Jaga Jaga duet bersama pendatang baharu, Beby Acha, ramai peminat terus jatuh cinta dengan melodi dan lirik santainya.

Tidak hairan, walaupun dilancarkan tatkala negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), video muzik lagu itu berjaya mendapat tontonan lebih lapan juta.

Lagu yang ditulis Ejai itu turut mempertaruhkan penampilan pertama Beby Acha yang juga adik Allahyarham Achik Spin.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya