Magis cermin cipta ruang luas, bergaya - Utusan Malaysia

Magis cermin cipta ruang luas, bergaya

Fendi bijak meletakkan cermin untuk menampakkan ruang yang luas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ruang kediaman kelihatan lebih luas dan bergaya dengan penggunaan cermin sebagai kemasan dekorasi. Sifat membias dimiliki membolehkan ia mudah dilaras mengikut keinginan dan kesesuaian ruang.

Lantaran itulah cermin menjadi antara dekorasi popular sepanjang zaman.

Pengasas Fendi Cermin, Fendi Edip Chuan berkata, cermin memberikan kelebihan penjimatan daripada segi hiasan dalaman kerana kemampuan ‘berdiri sendiri’.

“Ia boleh membiaskan dekorasi rumah. Sebagai contoh, kalau perabot dan ruang tamu sudah cantik, ruang itu akan jadi ekstra cantik menerusi biasan cermin.

“Lebih menarik sebab cermin boleh dijadikan ruang bersiap, atau kita boleh tulis dan tampal nota di atasnya, tanpa merosakkan teksturnya yang licin dan berkilat itu,” katanya.

Fizikal cermin dengan kemasan ringkas turut berperanan sebagai dinding utama kerana ia memberi illusi persekitaran sehingga lebih dua kali ganda daripada saiz sebenar.

Mengulas mengenai panduan penjagaan cermin, katanya, tidak dinafikan cermin juga perlu diselenggara dengan baik bagi mengelakkan ‘makan cermin’ atau permukaan berkilatnya menjadi kusam.

“Elak cuci dengan menyemburkan sabun ke cermin kerana bahan kimia itu boleh menyebabkan cermin tidak ‘berseri’. Sebaliknya sembur pada kain terlebih dahulu, kemudian baharulah lap.

“Untuk membersihkan cermin daripada kekotoran, kertas suratkhabar bahan terbaik membersihkan cermin. Bahan arang di dalam kertas berkenaan berupaya menyerap minyak dengan baik,” katanya.

Magis cermin amat menakjubkan

Harga cermin bergantung kepada kualiti dan keluasan.Harga ditawarkan semestinya pelbagai mengikut keluasan dan kualiti. Walaupun cermin selalu dikaitkan dengan sesuatu yang mistik dan menyeramkan, nyata ia tetap menjadi pilihan sebahagian daripada kita untuk mencipta ruang eksklusif.

Bereksperimenlah dengan cermin.

Anda mungkin kagum dengan apa yang mampu ditawarkan kepada persekitaran kediaman anda.

INFO
Jenis CERMIN
» Cermin kaca: Berkualiti tinggi, lebih mahal kerana tahan lasak. Ia memiliki ketebalan antara lima hingga 10 mililiter (mm).
» Cermin akrilik: Kualiti rendah, murah dan sesuai untuk saiz ruang yang kecil.

TIPS PILIH

» Cermin biasa: Sesuai untuk apartmen dengan ruang tamu memanjang.
» Cermin potongan berlian: Sesuai untuk rumah dengan luas.
» Ruang makan atau tamu: Sesuai pasang cermin jenis penuh atau separuh.
» Warna: Sekiranya rumah terang dan dapat banyak cahaya dari luar (natural light), boleh pilih banyak jenis tona warna antaranya gangsa, kelabu dan gelap. Tetapi sekiranya persekitaran rumah tidak terang, lebih sesuai pilih jenis clear.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya