Lubuk duit dengan PS - Utusan Malaysia

Lubuk duit dengan PS

Nurul Syazana bergambar bersama produk dipesan pelanggan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Personal shopper (PS) atau pembeli peribadi suatu perkembangan tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Pandemik Covid-19 yang mengakibatkan ramai diberhentikan kerja, turut mendorong ramai yang hilang pekerjaan menjadikan PS sebagai kerja sambilan.

Ada yang mengatakan PS kerja buat untung atas angin. Tanpa modal dalam bentuk wang, tetapi berbekalkan kesabaran melayan kerenah pelanggan, mampu menjana pendapatan lumayan.
Ily Aisyah Norkhidzan, 31, dan Nurul Syazana Rose Razman, 32, adalah antara PS yang popular.

Ini membolehkan mereka diikuti ramai pelanggan tetap. Tanpa modal beribu ringgit tetapi mampu meraih pesanan mencecah ratusan ribu dengan melakukan PS pada satu-satu masa.

Berkongsi pengalaman, Ily Aisyah berkata, beliau mula terlibat sebagai PS sekitar 2017 menggunakan Instagram (IG).

Katanya, idea menjadi PS kerana minatnya ke luar negara dan membeli-belah.

“Saya suka melancong jadi saya fikir tidak salah kalau saya gunakannya sebagai salah satu punca pendapatan saya. Levi’s dan Hard Rock antara produk saya terima banyak pesanan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Di Malaysia, semakin banyak perkhidmatan PS ditawarkan, sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa. Sokongan media sosial serta permintaan pelanggan yang meningkat membantu PS memperoleh pendapatan.

PS menampung operasinya menerusi perkhidmatan berbayar. Walaupun tidak standard, rata-rata PS bagi produk gaya hidup seperti pakaian dan beg, mengenakan caj antara RM5 hingga RM20.

Kos penghantaran ditanggung pelanggan mengikut berat dan lokasi. Caj dianggap berpatutan memandangkan PS perlu rajin memuat naik promosi dan menjaga hubungan baik dengan pelanggan.

Ily berkata, harga ditawarkan meliputi kos membantu pelanggan membeli barangan yang diingini, daripada proses konsultasi peribadi, pembelian, hingga ke penghantaran barang.

“Walaupun nampak mudah, tetapi agak renyah kerana perlu melayani setiap pesanan dengan baik dan beretika,” katanya.

Sebetulnya mengendali ragam dan kehendak pelbagai pelanggan memerlukan kemahiran komunikasi dan kesabaran.

Tambahan apabila beroperasi dalam talian, PS perlu lebih kreatif menjual perkhidmatan yang ditawarkan.

“Untuk bertahan lama dalam bidang ini, memerlukan kesungguhan, minat dan keikhlasan,” katanya.

Berhubung kesan Covid-19, katanya, ia membataskan pergerakannya ke luar negara untuk membeli barangan yang ditempah pelanggan. Namun, tidak banyak menjejaskan aktiviti perniagaannya.

“Saya masih meneruskan kerja PS tetapi mendapatkan pesanan terus daripada pengedar.

“Mereka akan hantar barangan itu kepada saya sebelum saya pos kepada pelanggan,” katanya.

PKP lonjak tempahan

Berbeza pula bagi Nurul Syazana yang sejak PKP Mac lalu, tempahan meningkat 100 peratus berbanding sebelumnya.

Dia yang menerima pesanan produk kelengkapan sekolah, smiggle tiada masalah putus bekalan berikutan turut menyimpan stok di rumah.

“Rumah saya dah macam kedai. Mana-mana pelanggan nak beli semua sudah ada di rumah saya dan boleh terus memesan,” katanya yang pernah menjalankan urusniaga bernilai ratusan ribu.

Berjinak-jinak sebagai PS pada 2017. Waktu itu dia hanya menerima pesanan daripada rakan sekerja dan kenalan rapat.

Bagaimanapun sejak Mac lalu dia menjadikan PS sebagai sumber utama rezeki kerana sambutan yang di luar jangkaan.

“Saya hanya tumpukan pada produk smiggle. Sambutannya amat baik di mana saya pernah menguruskan sehingga 2,000 pelanggan sebulan,” katanya.

Ternyata dalam resah dibuang kerja masih ada peluang rezeki untuk menjana pendapatan. Bak kata pepatah, “di mana ada usaha, di situ ada jalan”.

 

Tips PS berjaya

IKHLAS
» Lakukan kerja ini dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh sebab apabila ikhlas semua akan menjadi.
RAJIN
» Rajin kemas kini media sosial berhubung jualan murah.
JUJUR
» Jujur dengan wang yang diterima dan tidak cepat gelap mata.
SABAR
» Sabar dengan kerenah pelanggan.
ULASAN
» Buat ulasan atau review produk yang dijual.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya