Jangan perlekeh janda anak ramai – Amelina - Utusan Malaysia

Jangan perlekeh janda anak ramai – Amelina

Amelina kecewa status ibu tunggal sering dilemparkan dengan kata kata negatif
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JANGAN pandang kami sebelah mata.” Itu kata-kata tegas ratu dangdut, Amelina, apabila melihat golongan ibu tunggal dilemparkan dengan kata-kata negatif hanya kerana membesarkan anak yang ramai.

Jelas penyanyi itu, sebagai ibu tunggal yang turut membesarkan enam orang anak, dia tidak melihat perlu menerima kata-kata negatif kepada golongan sepertinya.

Malah kata penyanyi berusia 46 tahun ini, dia yakin wanita yang mempunyai tanggungjawab berat inilah antara yang cukup tabah menjalani kehidupan.

“Saya juga pernah melalui situasi itu apabila dihina hanya kerana berstatus janda anak ramai. Tetapi apa yang ramai tidak tahu selalunya golongan seperti saya ini sangat tabah dalam mengharungi kehidupan.

“Anak yang ramai itu bukan suatu bebanan tetapi itulah sebenarnya yang memartabatkan kedudukan kami,” katanya.

Menolak pendapat golongan ibu tunggal yang mempunyai ramai anak tidak menjadi pilihan untuk dijadikan isteri, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin berkata, itu hanya andaian.

Malah jelasnya, jika seorang wanita itu mampu menguruskan kehidupan tanpa kehadiran lelaki bermakna, ia bukan satu bebanan.

“Sebagai seorang yang pernah melaluinya saya tidak nafikan, pada peringkat awal bukan sesuatu yang mudah. Memang perit, tambah lagi apabila sebelum ini hanya bergantung kepada suami semata-mata. Tetapi percayalah Allah sentiasa mendengar doa kita.

“Soal bebanan, saya yakin kalau wanita itu sendiri boleh uruskan anak dan keluarga sejauh mana sangat dia akan susahkan orang lain. Percayalah, wanita seperti ini lebih kuat daripada apa yang kita tahu,”katanya.

Menjadi rujukan golongan yang senasib dengan dirinya, Amelina juga turut membantu ibu tunggal yang ingin berkongsi masalah.

“Memang ada yang datang berjumpa berkongsi masalah. Selalunya dalam hal ini saya tidak akan terus menjatuhkan hukuman. Dalam perkahwinan bukan selalunya wanita betul dan lelaki salah.

“Cuma apa yang saya nak betulkan, bila berlaku perceraian ada yang menuduh isteri gagal melayan suami dengan baik. Bayangkan tugas seorang isteri itu sendiri sudah berat, dengan anak, rumah, kalau yang bekerja lagilah berat.

“Suami sepatutnya beri perhatian dalam bab ini, (perlu) bertolak-ansur. Jika mahu isteri banyak masa untuk beri perhatian, mungkin boleh sediakan pembantu rumah dalam masa yang sama mudahkan kerja isteri,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya