'Janet Sumpah Terlarang' adaptasi kisah seram dari Kuching - Utusan Malaysia

‘Janet Sumpah Terlarang’ adaptasi kisah seram dari Kuching

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) yang diumumkan sejak Mac lalu tidak dinafikan memberi kesan kepada pelbagai bidang termasuk perfileman.

Berkongsi apa yang dilalui sebagai penerbit filem Janet Sumpah Terlarang.

Sufri Yusop Shamsudin memberitahu antara cabaran yang dihadapi filem ini bagaimana pihaknya terpaksa menukar lokasi dalam memastikan filem ini diteruskan.

“Sepatutnya penggambaran filem ini menjalani penggambaran April lalu. Tetapi disebabkan PKP kami terpaksa menangguhnya selama beberapa bulan. Malah asalnya penggambaran filem ini sepatutnya di Sarawak, tetapi terpaksa dihabiskan di kawasan berdekatan Kuala Lumpur.

“Memang kami mahu pastikan filem ini disiapkan juga. Kalau bercakap soal kecewa memang lah, sebab kesemua lokasi di Sarawak itu sudah mendapat kelulusan.

 

“Tetapi bercakap soal keselamatan dan lebih memudahkan dalam tempoh ini kami pilih untuk teruskan penggambaran di semenanjung sahaja,” katanya kepada Utusan Online.

SUFRI YUSOP SHAMSUDIN

 

Mengenai filem yang akan ditayangkan pada awal tahun 2021, kata Sufri, Janet Sumpah Terlarang adalah kisah yang diadaptasi melalui kisah seram masyarakat Sarawak.

 

Jelasnya. kisah itu juga cukup popular terutamanya buat penduduk di Kuching.

“Di Sarawak kisah Janet ini memang popular, tetapi tidak ada yang cuba memfilemkan kisah seram ini. Difahamkan wanita bernama Janet ini dikatakan menjadi korban untuk pembinaan Jambatan Satok. Malah kisah ini cukup popular sekitar tahun 80-an dan 90-an.

“Jadi melalui kisah masyarakat kami angkat dan filemkan, cuma ada yang berbeza dalam menyesuaikannya dengan keadaan sekarang,” katanya.

Diterbitkan syarikat produksi Kaya Kenyalang Sdn Bhd, filem ini dibintangi pelakon dari Sarawak antaranya Safar Ghafar, Bulan Terry dan Natasya Charmine.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya