Hadiah paling dinanti - Utusan Malaysia

Hadiah paling dinanti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAMPIR tiga tahun mencuba untuk anak kedua, ternyata proses menambah cahaya mata buat pasangan terkenal Awal Ashaari dan Scha Alyahya bukanlah sesuatu yang mudah.

Malah kata Awal, dia dan Scha pada mulanya hampir reda selain sudah bersedia membuat apa sahaja rawatan dalam meneruskan usaha mereka.

Namun siapa sangka di sebalik pelbagai kejadian mengejutkan yang berlaku pada tahun 2020 ini, mereka turut dikurniakan dengan berita yang paling menggembirakan

Kata Awal, berita kehamilan Scha menjadi hadiah paling bermakna buat dirinya yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-39 baru-baru ini.

“Berita kehamilan Scha adalah paling menggembirakan buat kami sekeluarga. Kami sudah mencuba untuk anak kedua sejak Lara berumur tiga tahun.

“Kami akui ketika Lara dahulu kami putus asa untuk mencuba, tetapi kali ini kami hanya hampir putus asa tetapi dalam masa yang sama terus positif untuk mencuba dan Alhamdulillah doa kami dijawab.

“Sama seperti usaha untuk anak pertama, rezeki kehamilan kali kedua ini juga berlaku selepas Scha lakukan pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim yang dikenali Endometriosis pada Januari lalu,” katanya.

 

Sudah mengetahui kehamilan isterinya sejak kandungan berusia dua minggu. Jelas Awal, dia dan Scha mengambil keputusan untuk mengambil masa sebelum mahu berkongsi berita ini dengan peminat.

“Kami sudah tahu sejak usia kandungan dua minggu, bermakna awal Mac lagi. Tetapi dalam tempoh ini kami mahu pastikan kandungan Scha betul-betul stabil sebelum berkongsi apa-apa.

“Bila usia kandungan sudah masuk empat bulan kami yakin ini adalah waktu yang sesuai. Selain itu juga apa yang penting Scha sendiri yang sudah bersedia untuk berkongsi kehamilanya,” jelasnya.

Bercakap mengenai kegembiraan seorang ayah. Awal akui kehadiran bakal anak keduanya ini secara tidak langsung membuatkan mereka sekeluarga tidak sabar untuk melangkah ke tahun 2021.

“Kita tahu 2020 macam mana, dengan penularan pandemik Covid-19 membuatkan banyak kerja-kerja kami tertangguh selain menyebabkan kehilangan tawaran.

“Namun di sebalik semua itu kami sekeluarga sangat bersyukur, kerana berita ini paling ditunggu selepas sekian lama. Jika tiada apa, anak kedua saya akan lahir pada Februari tahun hadapan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya