Dylea pertaruh Untuk Aku - Utusan Malaysia

Dylea pertaruh Untuk Aku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENGAMBIL masa sehingga lima tahun untuk mempersiapkan diri sebelum bergelar seorang penyanyi. Bagi Dylea tiket “tular” lima tahun lalu tidak mampu membuatkan dia yakin bergelar penyanyi ketika. Malah kata penyanyi ini dia juga turut menolak beberapa tawaran ketika itu.

“Kira-kira lima tahun yang lalu, memang ramai yang menghungi saya dan memberikan peluang untuk menjadi artis rakaman. Mereka datang menawarkan pelbagai jenis lagu dan beberapa tawaran istimewa yang lain.

“Tapi saya tak mahu gopoh dalam hal begini. Nak menjadi penyanyi bukan boleh main-main dan saya perlu asah bakat terutama aspek vokal memandangkan saya tiada asas,” tambahnya.

Bercakap mengenai video tular miliknya, kata Dylea dia sendiri tidak menyangka rakaman menyanyikan lagu Madah Berhelah dendangan Ziana Zain mendapat perhatian ramai sebaik sahaja mula dimuat naik dalam YouTube.

“Saya sendiri tidak menyangka video itu sudah ditonton hampir tiga juta pelayar sehingga ke hari ini. Mungkin orang melihat ada yang istimewa tentang video tersebut meskipun saya kurang memahaminya pada peringkat awal.

“Tapi setelah beberapa tahun video tersebut tular barulah saya mula memahami sedikit demi sedikit sehingga membuatkan tertarik untuk bergelar penyanyi,” katanya gadis berusia 24 tahun ini.

Sementara itu Dylea kini bersyukur kerana dia diberikan kesempatan merakamkan lagu Untuk Aku yang dijadikan taruhan ketika ini.

“Saya pernah dirisik oleh beberapa syarikat rakaman sebelum ini namun semuanya belum berezeki. Jadi apabila ada yang kembali memberikan peluang dan percaya kepada bakat diri ini, ini peluang terbaik yang tidak boleh dilepaskan.

“Atas dorongan dan keyakinan beberapa pihak, saya memberanikan diri untuk menerjah industri seni dengan lagu ini. Besar harapan agar lagu ini diterima baik oleh semua,” jelas anak kelahiran Negeri Sembilan ini lagi.

Untuk Aku merupakan lagu hasil tulisan Intan Saharudin dan melodi oleh Zamzoy dan Sheikh Qalam sudah boleh didengar menerusi platform YouTube, Spotify, Joox dan beberapa medium penstriman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya