Dengki wujud dalam industri - Utusan Malaysia

Dengki wujud dalam industri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMRAH hidup sebagai anak seni, pastinya dugaan yang hadir bukan calang-calang. Hati perlu tegar dan jiwa kena kental. Tidak boleh mudah patah semangat dan berkecil hati.

Tanyalah ikon-ikon seni negara, pastinya mereka juga punya pengalaman sama. Tidak sunyi daripada kata-kata dan pandangan sinis masyarakat, namun kehidupan perlu diteruskan.

Mendedahkan pengalaman pahit sepanjang 28 tahun penggiat seni, penyanyi popular era 90-an, Hasnol berkata, dirinya juga pernah menjadi mangsa hasad dengki dan tipu daya mereka yang sentiasa mahu lihat dia jatuh.

“Dengki? Itu perkara biasa. Ramai orang dengki dengan kita bila mula dapat banyak tawaran persembahan. Orang ‘sailang’ (rampas) itu adalah lumrah ujian kita sebagai anak seni.

“Cuma kekuatan jiwa kita menjadi benteng. Sama ada kita mahu teruskan juga perjuangan seni atau berhenti dan berputus asa. Kita tak perlu kawan ramai kerana dalam banyak-banyak ‘kawan’ itulah, ada musuh.

“Alhamdulillah, saya masih bertahan. Masih ada tawaran persembahan walaupun tidak serancak dahulu. Cuma saya sentiasa percaya dan tawakal dengan Allah. Rezeki tak pernah salah alamat,” kata penyanyi Laguku Untukmu yang cukup popular ini.

Berbicara soal kehidupan peribadi, lelaki berusia 50 tahun ini mengakui kehidupannya kini lebih tenang bersama isteri dan tujuh anak. Dia tidak lagi mengejar nama dan hanya bekerja demi kelangsungan hidup.

Namun, dia tahu di tangga usia setengah abad, ketrampilan adalah antara aspek yang perlu dititikberatkan. Dia perlu sentiasa tampil kemas dan elok di mata orang. Namun tidak terlalu mencuba.

“Gaya kita sangat penting. Kita dalam industri dilihat menggunakan mata. mendengar guna telinga. Jadi kedua-duanya penting dan perlu seiring. Kalau selekeh, orang mengata.

“Itu adalah perkara yang perlu kita ambil berat. Bukan untuk terlalu mencuba, atau bergaya seperti anak muda. Cukup sekadar kemas dan tahu gaya sesuai. Takkanlah saya yang berusia 50 nak cuba jadi anak muda, pelik!” Seloroh suami kepada Marina Mohin ini.

Bakal tampil dengan single baharu, Nadi Cinta Kita, Hasnol berkata, lagu tersebut merupakan hasil ciptaannya sendiri. Ini kali pertama selepas 28 tahun bergelar anak seni, dia berani ambil risiko.

Bercerita lebih lanjut tentang lagu Nadi Cinta Kita, Hasnol berkata, lagu tersebut didedikasikan kepada isterinya yang selama ini teguh merentasi ujian susah dan senang bersamanya.

Masih dalam tempoh promosi, lagu tersebut dilancarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Menariknya, penyanyi ini juga turut merakam, menyunting dan menulis jalan cerita muzik videonya sendiri.

“Bukan mahu jimat kos atau tidak mampu untuk bayar, cuma saya mahu cabar diri mencuba sesuatu yang baharu. Dalam industri seni yang semakin sengit ini, kita perlu multi-tasking.

“Tak boleh harap pada satu kerja sahaja. Kita pun tak boleh harap orang lain. Kita kena tunjuk yang kita boleh, baru orang percaya. Lagipun kerja sendiri senang, boleh ikut masa kita sendiri,” katanya.

Kini bergelar instruktor vokal di Pariszki, Hasnol seronok bercerita bagaimana dia berkongsi ilmu tentang teknik nyanyian dan pengalamannya selama 28 tahun sebagai anak seni.

Hampir setahun bergelar guru vokal kepada pelajar kanak-kanak, penyanyi yang juga pelakon ini terpaksa membahagikan masa seadilnya. Dia tidak mahu jadualnya terlalu padat sehingga terkejar-kejar.

“Sekarang saya juga sedang sibuk berlakon di set penggambaran My Sweet Hanan. Dua drama sudah habis penggambaran dan dalam masa sama, saya sedang mempromosi single baharu.

Memang sibuk tetapi kena bijak bahagi masa.

“Rezeki jangan ditolak. Selagi kudrat ini ada, kita cuba sedaya upaya memenuhi semua tuntutan. Tetapi jangan pula abai kesihatan dan keluarga. Itu juga penting,” katanya.

Nadi Cinta Kita pertaruhan baharu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya