Cute (Stop Lah Being So Cute) teruskan momentum bersama Nabila Razali - Utusan Malaysia

Cute (Stop Lah Being So Cute) teruskan momentum bersama Nabila Razali

Nabila Razali meneruskan momentum ciptaan terbaharunya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dinyanyikan personaliti media sosial Harith Zazman siapa sangka lagu Cute (Stop Lah Being So Cute) berjaya mencuri perhatian terutamanya pengguna aplikasi media sosial.

Malah menerusi kelainan yang dibawakan lagu ciptaannya itu, hantaran klip video ini juga telah ditonton lebih 1.5 juta kali di TikTok.

Bagi memanjangkan lagi momentum lagu ini, Harith Zazman, MFMF. dan LOCA B, menjemput penyanyi dan pelakon terkenal Nabila Razali untuk berkolaborasi menghasilkan versi remix yang diberi judul Cute (Nabila Razali Remix)”.

Sekiranya lagu Cute (Stop Lah Being So Cute) dinyanyikan daripada perspektif lelaki, kali ini Cute (Nabila Razali Remix) diberikan nafas baharu apabila lirik diolah semula menggambarkan subjek dilamun cinta dari perspektif wanita.

Keistimewaan lagu ini bukan sahaja pada kemunculan Nabila Razali yang menambah lagi seri lagu ini tetapi fokus yang diberi kepada Nabila Razali dan LOCA B dalam menerajui lagu ini menjadikanya lebih bersifat feminin. Baharu sahaja dilancarkan pada 14 Ogos lalu, video muzik rasmi Cute (Nabila Razali Remix) yang diarahkan oleh Harith Zazman sendiri berjaya menjana hampir sejuta tontonan.

Mengulas tentang penglibatan Nabila dalam versi remix ini, Brendan Lim bercakap bagi pihak kumpulan MFMF, yang turut bertindak sebagai penerbit rakaman ini berkata,

“Kami amat berbesar hati kerana Nabila sudi terlibat dalam projek ini. Sebagai penyanyi dan juga pelakon yang berpengalaman, Nabila memberi nilai tambah kepada lagu ini. Bekerjasama dengan Nabila merupakan suatu pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan,” ujarnya.

Lagu ciptaan bersama Harith, MFMF. dan LOCA B ini diterbitkan oleh MFMF Productions dan Faithful Music dengan kerjasama Universal Music Malaysia sebagai pengedar. Cute (Nabila Razali Remix) boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, iTunes, Joox, KKBox dan juga Deezer manakala video muzik rasmi lagu ini boleh ditonton di saluran YouTube Harith Zazman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN