Cubaan pertama Haridz - Utusan Malaysia

Cubaan pertama Haridz

HARIDZ MOHAMAD SUHAILE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sedar persaingan yang semakin sengit dalam dunia lakonan, pendatang baharu, Mohd. Haridz Mohamad Suhaile memberitahu bukan populariti yang dikejar dirinya.

Jelasnya yang mengakui bakat lakonanya masih memerlukan bantuan mereka yang jauh lebih berpengalaman, ketika ini apa yang penting bagi Haridz adalah untuk bersedia menambah ilmu dalam bidang ini.

“Saya bukan mahu mencari populariti, bila saya masuk bidang lakonan perkara utama yang saya fikir adalah untuk cari ilmu.

“Jadi bila ada peluang saya mahu gunakanya sebaik mungkin untuk membuktikan kepada mereka di luar sana kemampuan saya,” katanya.

Masih bergelar seorang usahawan ketika ini, Haridz akui waktunya dalam dunia lakonan agak terhad. Bagaimanapun dalam memastikan impiannya melangkah ke dunia lakonan tidak terbantut dia juga turut mengambil kelas lakonan.

“Untuk memantapkan lagi mutu lakonan, saya juga ada menyertai kelas lakonan yang dianjurkan oleh pengarah Isma Yusoof .

“Tidak dinafikan banyak ilmu yang saya peroleh daripada Isma untuk menjadi seorang pelakon, yang sedikit sebanyak membantu saya,” katanya.

Sementara itu Haridz kini bakal muncul dengan telefilem Rock Sampai Jannah yang turut menampilkan barisan artis seperti Afiq Syazwan, Sharul Kamal dan Ayie Floor88.

Telefilem yang diterbitkan syarikat Khalisya Consultant Sdn. Bhd. ini akan menjalani penggambaran di sekitar Kuantan, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya