Cicak gurun cantik, seronok dipelihara - Utusan Malaysia

Cicak gurun cantik, seronok dipelihara

Nur Aimi Zabidi bermain dengan sebahagian daripada cicak gurun peliharaannya yang jinak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pernahkah anda terfikir untuk memiliki haiwan peliharaan daripada spesis eksotik seperti cicak gurun? Memiliki fizikal seperti cicak rumah, ada yang mencebik geli. Namun lorekan warna terang dan pelbagai menjadikan cicak gurun atau leopard gecko ini berbeza dan keindahan itu jugalah yang menentukan nilai dan harganya.

Seorang peminat dan pengumpul leopard gecko, Nur Aimi Zabidi, 27, memiliki lebih 200 haiwan tersebut yang ditempatkan di dalam bilik khas di rumahnya.

Nur Aimi berkongsi cerita, minat terhadap cicak itu bermula sejak zaman kanak-kanak. Namun peluang untuk memilikinya hanya dapat direalisasikan apabila berusia 18 tahun.

“Saya obses dengan haiwan eksotik ini sebenarnya sejak kecil. Namun ahli keluarga tidak memberi galakan kerana emak takut. Adik-beradik yang lain pun suka dengan haiwan itu.

“Hasrat itu saya pendam. Apabila melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan tinggal di asrama, barulah saya memberanikan diri membeli leopard gecko.

“Saya tidak beritahu sesiapa pun saya membela haiwan itu,” katanya mengimbau kenangan kepada Utusan Malaysia.

Cicak tanah tersebut atau nama saintifiknya Eublepharis macularius  digelar leopard gecko kerana warna kulitnya yang berbintik-bintik.

Haiwan ini berasal daripada kawasan bergurun, berbatu dan berdebu seperti wilayah India, Pakistan dan Iran.

Perbezaan ketara yang dapat dilihat antara cicak tanah ini dengan tokek adalah ia mempunyai kelopak mata bagi melindungi matanya daripada debu dan sebagainya. Mulutnya pula seolah-olah tersenyum. Itu antara yang membezakan ia dengan cicak yang lain.

Reptilia ini boleh membesar sehingga 27 sentimeter yang dikenali dengan spesies giant namun sangat jarang ditemui. Ia sering disamakan dengan cicak tokek sedangkan hakikatnya ia berbeza.

Ini kerana ekornya yang tidak mudah putus, berkulit kasar, berbintik dan tidak boleh melekat di dinding selain berasal dari Afghanistan.

Dari segi undang-undang, memelihara cicak tokek adalah satu kesalahan namun tidak bagi spesies reptilia ini.

Nur Aimi berkata, selain cantik dan bernilai tinggi, penjagaannya tidak cerewet. “Saya kira lebih senang jaga cicak ini daripada kita pelihara kucing atau arnab dan saiznya juga kecil tetapi jinak.

Kalau kita fikir gecko ini suka merayap seperti cicak dalam rumah kita, pandangan itu meleset kerana ia tidak terlalu aktif. Pergerakannya juga perlahan,” kata anak ketiga daripada empat beradik ini.

         PENJAGAAN leopard gecko adalah mudah dan kos makanannya hanya RM27 sebulan.

 

Cicak peliharaan Nur Aimi ini memiliki aneka warna cantik iaitu hitam, putih dan kuning. Ada yang kulit tubuhnya berwarna tunggal, tidak kurang juga memiliki campuran beberapa warna berbeza seperti hitam dan merah atau kuning dan putih.

Reptilia ini hanya makan sekali seminggu dan tidak perlukan penjagaan rapi seperti kucing. Kos biaya makan termasuk makanan tambahan hanya kira-kira RM27 sebulan.

“Saya menggemari reptilia ini kerana pemakananya mudah. Cicak dewasa hanya perlu diberi makan ulat, roti, cengkerik atau lipas sekali seminggu manakala yang kecil pula tiga kali seminggu, selain makanan tambahan iaitu kalsium,” katanya.

Jika dahulu dia terpaksa merahsiakan gecko daripada pengetahuan ahli keluarga, kini keadaan sudah berubah. Ahli keluarganya sudah boleh menerima hobi pelik itu.

“Mulanya saya bela seekor tetapi kini banyak sebab ia mudah membiak. Dalam tempoh setahun sahaja, saya terpaksa menempatkannya di sebuah bilik khas,” katanya.

Selain spesies leopard gecko, Nur Aimi turut membela knob tail gecko. Spesies ini turut dijual kepada peminat haiwan eksotik menerusi instagram @thefabulousgecko atau ketika pameran di pusat-pusat beli-belah sekitar ibu kota.

                                                                                          Cicak gurun

 

Ditanya kemungkinan menjual kesemua haiwan reptilia itu, Nur Aimi berkata, dia tidak pernah terfikir berbuat sedemikian kerana leopard gecko amat mudah dijaga dan amat menghiburkan.

“Bertahun-tahun saya menjaga haiwan ini dengan sebaik mungkin dan melabur duit simpanan demi leopard gecko ini. Saya tidak pernah terlintas untuk menghentikan hobi ini,” katanya.

 

Umur – boleh mencapai 30 tahun jika dipelihara dengan baik.
» Persekitaran – memadai sediakan tempat gelap untuk mereka menyorok, seperti batang buluh.
» Aktif pada waktu senja atau dikenali sebagai crepscular.
» Bersalin kulit sendiri dan memakannya bagi mengelakkan diri daripada pemangsa.
» Memberi pencahayaan dan pemanasan dengan suhu yang betul atau hanya mengikut suhu bilik iaitu 27 darjah celsius.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya