Akademi Wira Merah diiktiraf antarabangsa - Utusan Malaysia

Akademi Wira Merah diiktiraf antarabangsa

Anggota pasukan Wira Merah menunjukkan kemahirannya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur yang terletak di Wakaf Tapai, Terengganu bukan hanya terbesar di Asia, bahkan turut melakar pelbagai kejayaan dan pengiktirafan termasuk di peringkat antarabangsa.

Pencapaian tersebut membolehkan institusi yang mula beroperasi pada 7 Oktober 2002 itu terus mendapat kepercayaan negara luar bagi mengikuti latihan kebombaan di sini.

Sehingga kini, kira-kira 6,000 pelatih berjaya dilahirkan di akademi berkenaan dan menyarung seragam Wira Merah bagi menabur khidmat bakti di seluruh negeri.

Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abdul Khair Osman berkata, sebagai sebuah akademi latihan kebombaan, pelaksanaan setiap kursus memainkan peranan penting. Terutamanya dalam proses transformasi membentuk pegawai bomba yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkeperibadian tinggi.

Katanya, sebanyak lima pengajian utama ditawarkan di akademi itu yang meliputi pemadaman kebakaran, penyelamatan, pengurusan kebombaan, keselamatan kebakaran dan penyiasatan kebakaran.

“Malah, di bawah pengajian utama terdapat pelbagai jenis kursus diwujudkan dengan fungsi dan objektif tertentu.

“Sebagai contoh, pengajian keselamatan kebakaran bagi menentukan hala tuju serta keberkesanan dalam aspek latihan, pengembangan ilmu pencegahan dan keselamatan kebakaran.

“Bagi pengajian pengurusan kebombaan, kita turut menawarkan kursus sijil sains kebombaan, kursus diploma sains kebombaan serta kursus incident commander, ” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Marang, Terengganu baru-baru ini.

Abdul Khair berkata, menjadi matlamat akademi itu untuk melahirkan pegawai bomba yang profesional, cekap, berpengetahuan, berdisiplin serta sentiasa berusaha ke arah mewujudkan satu organisasi kebombaan dan penyelamatan yang bertaraf dunia sebagai teras kecemerlangan jabatan.

Dalam masa sama, pihaknya sentiasa berusaha membentuk keunggulan jabatan dengan melengkapkan pegawai-pegawai dengan sikap, kemahiran dan pengetahuan yang cemerlang dalam memberikan perkhidmatan melalui program-program latihan berterusan serta terancang.

Menurut beliau, Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur tidak hanya diterajui pegawai berpengetahuan dan berkemahiran, tenaga pengajarnya turut mempunyai pengalaman tinggi yang setanding dengan tahap antarabangsa di samping memiliki prinsip berfikiran tinggi (high thinking), melakukan yang tertinggi (high doing), berkemahiran tinggi (high skill) dan berkemahuan tinggi (high will).

Operasi Selam Skuba

Sementara itu, Abdul Khair berkata, akademi itu menerima pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran pada 24 Februari 2017 bagi kategori pensijilan program penuh Operasi Selam Skuba, Operasi Menyelamat Kebakaran dan Pengendalian Bahan Berbahaya (Hazmat) bagi minyak, gas dan petrokimia serta Operasi Latihan Vokasional.

Malah katanya, seorang tenaga pengajar dan empat jurulatih renang di akademi itu turut bergelar penyelamat antarabangsa selepas berjaya memiliki dan mendapat pengiktirafan daripada

Persekutuan Menyelamat Nyawa Antarabangsa (International Life Saving Federation).

“Selain melatih dan melahirkan pegawai-pegawai bomba dalam jabatan, kita turut menyediakan latihan untuk bomba swasta dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

“Begitu juga dengan pihak hospital yang menjalani kursus pemadaman kebakaran sebagai persediaan jika berlaku kecemasan di tempat mereka. Tempoh kursus bergantung kepada jenis kursus, dengan paling lama ialah enam bulan bagi pelatih yang mengikuti kursus sijil sains kebombaan,” katanya.

 

Pelatih menjalani kursus menjinakkan ular ketika sesi latihan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai, Terengganu

 

Misi lahirkan 120 penyelam profesional

Menerusi peruntukan RM45 juta yang diterima termasuk bagi pembinaan prasarana kolam renang, Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur optimis merealisasikan misi melahirkan penyelam profesional yang diiktiraf.

Sasaran yang ditetapkan adalah memiliki 120 penyelam dalam tempoh setahun pada masa hadapan.

Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abdul Khair Osman Abdul Khair berkata, simulator itu kelak dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan memenuhi keperluan tugas penyelamatan]

“Beberapa prinsip perlu dilaksanakan secara teratur kerana kegagalan memahami prinsip dalam pengurusan penyelamatan di air akan memberi impak kepada seorang penyelamat dan juga mangsa.

“Sebelum ini latihan diadakan di kolam renang luar memandangkan kita tiada kemudahan tersebut dan apabila prasarana itu siap kelak kita bakal mengeluarkan lesen kepada penyelam-penyelam bomba,” katanya.

Lima individu termasuk jurulatih akademi itu memiliki pengiktirafan Persekutuan Penyelamat Nyawa Antarabangsa dari Belgium.

Menurut Abdul Khair, pihaknya turut mengorak langkah untuk melahirkan lebih ramai jurulatih renang di peringkat antarabangsa yang diiktiraf dan berhasrat mengembangkan latihan itu kepada komuniti.

Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur muncul akademi pertama di negara ini yang berusaha mendapatkan pentauliahan Public Safety Divers (PSD) memandangkan pusat latihan itu bertanggungjawab melahirkan ramai pegawai dan anggota barisan hadapan.

Buat masa ini akademi mempunyai kemudahan simulator bagi tujuan latihan khusus kepada peserta-peserta kursus dalam pempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota bomba dengan kepelbagaian latihan kebombaan.

 

Kemudahan simulator
» Rumah penyiasatan kebakaran
» Struktur runtuhan
» Sistem latihan termaju(ATS)
» Tumpahan minyak
» Pembetung (dua unit),
» Galeri latihan peralatan pernafasan (tiga unit)
» Menara hos (empat unit).

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya