Siqma muncul dengan 'Raja Simurgh' - Utusan Malaysia

Siqma muncul dengan ‘Raja Simurgh’

BADHRI RADZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Terkenal dalam kalangan peminat irama Hip Hop tempatan, Siqma yang pernah mendapat jolokan The New Malique oleh peminat kini muncul dengan single terbaharu berjudul Raja Simurgh.

Menampilkan rapper Kmy Kmo sebagai penulis lirik , Raja Simurgh merupakan lagu ketiga Siqma selepas Cemas dan Salam 1001 sepanjang berada di bawah naungan Universal Music Malaysia.

Mengambil konsep ritma atas puisi yang mengekalkan ciri kemelayuan di dalam lagu Hip Hop, antara elemen yang turut menambahkan keistimewaan lagu ini bagaimana Siqma mengambil inspirasi melodi lagu rakyat Rasa Sayang yang digabungkan dengan rentak Hip Hop beserta senikata laksana puisi.

Sementara itu, mendedahkan makna di sebalik lagu ini, kata Siqma, ia diilhamkan daripada sebuah buku tulisan penyair sufi berbangsa Parsi dari abad ke-12, Faridu’Din Attar yang berjudul Mantiqu’t-Thair atau dalam bahasa Melayu membawa maksud Musyawarah Burung.

Buku ini berkisar tentang perhimpunan burung dari segenap pelosok dunia yang berbahas dalam pencarian mencari raja sejati mereka, burung Simurgh.

“Lagu ini lebih menceritakan situasi mengenai kepentingan hidup atau wujud secara umum seperti tingkah laku dan amalan kita, moral, kesetiaan kita kepada agama dan banyak lagi mengenai diri kita.

‘Raja Simurgh’ adalah peringatan bagi kita untuk selalu bergantung pada diri kita sendiri kerana pada akhirnya, hanya kita sendiri yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita.

Ia bukan lagu ketuhanan tetapi lebih kepada mesej positif untuk santapan rohani dan minda pendengar” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya