Sharnaaz tidak kisah dilabel panas baran - Utusan Malaysia

Sharnaaz tidak kisah dilabel panas baran

Bersama Noor Nabila Mohd. Noor dan anak mereka, Jebat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Secara luaran dia sering dianggap sebagai seorang yang panas baran. Beberapa episod yang mendapat perhatian ramai sebelum ini, menjadikan nama Sharnaaz Ahmad, 34, cukup sinonim dengan perkataan ‘gaduh’.

Jelas dengan pandangan orang mengenai dirinya, dia juga tidak menolak kontroversi sebelum ini banyak menyumbang kepada pandangan tersebut.
Cukup tenang ketika diajukan soalan mengenai hal ini, Hits tertanya juga apa yang membuatkan dia dikenali sebagai artis panas baran.
“Bagi orang yang tidak kenal saya memang mereka anggap saya jahat. Mungkin sebab watak dalam lakonan dan kejadian-kejadian sebelum ini juga menjurus kepada keadaan itu.
“Namun, saya sebenarnya seorang yang suka buat lawak. Tetapi itulah bila sehingga 2020 perkataan ‘panas baran’ terus dikaitkan dengan saya, rasa pelik pun ada,” katanya tenang.
Tidak mahu mengambil kira apa juga pandangan orang terhadap dirinya, pelakon ini juga dengan jelas memberitahu dia lebih senang dikelilingi orang yang dipercayai.
“Saya hanya rapat dengan orang-orang yang ada dengan saya susah dan senang. Jujur, ketika saya mengalami masalah ada kawan-kawan yang meninggalkan saya. Sebab itu saya hargai rakan-rakan yang ada dengan saya kini.
“Soal pandangan orang lain terhadap diri sebagai seorang yang panas baran saya tidak mahu ambil peduli, ambil langkah mudah biarkan sahaja,” katanya.
Kata Sharnaaz, sebagai seorang yang dibesarkan dalam keluarga yang sentiasa mementingkan sifat hormat menghormati dia meletakkan keperluan diri sebagai keutamaan.
“Saya bukanlah jenis yang suka melenting tidak tentu pasal, macam orang lain saya juga mempunyai batas sebagai manusia. Jadi jika ada perkara yang sengaja menguji kesabaran pasti sesiapa juga melenting.
“Dalam hal ini saya sentiasa meletakkan sifat hormat sebagai landasan dalam hubungan. Namun jika seseorang itu tidak menghormati dan cuba mengambil kesempatan saya tidak akan berdiam diri. Jadi kena ada cara yang betul dalam semua hal termasuk komunikasi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya