INSIDEN pelakon Glee, Naya Rivera sempat menyelamatkan anaknya sebelum mati lemas menimbulkan rasa simpati dunia hingga mendapat dua juta likes dan 172,000 komen.
Walaupun baru berusia empat tahun, Josey Dorsey mampu memberitahu penyiasat yang dia sempat menoleh ke belakang melihat ibunya yang sudah tenggelam di dalam laut di Lake Piru, California.
Mayat Naya dijumpai Isnin lalu selepas hilang selama lima hari. Kali terakhir mereka berdua dilihat berjalan menaiki perahu untuk menikmati keindahan tasik itu.
Keluarga Naya meminta orang ramai menghormati privasi Josey yang walaupun sihat tetapi sudah pasti tragedi itu meninggalkan titik hitam dalam hidup si kecil.