Minyak 'kering' cari udang galah - Utusan Malaysia

Minyak ‘kering’ cari udang galah

Sajian udang galah Kuala Rompin di Pahang membuatkan pelanggan sanggup menempuh perjalalan jauh untuk menikmatinya. GAMBAR : Zabry Mohamad Madzlan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAUH lagi ke? Saya cemas apabila simbol amaran pada papan pemuka bernyala, menunjukkan motosikal yang sedang ditunggang mula kehabisan minyak.

Sudah hampir 70 kilometer (km) motosikal saya bergerak hanya berbekalkan minyak dalam tangki simpanan membuatkan hati bertambah gelisah. Apatah lagi ternampak sebuah kereta tersadai di tepi jalan kerana kehabisan minyak.

Lantas saya berteriak bertanya kepada rakan, berapa lama lagi nak sampai ke stesen minyak terdekat. Sambil menunggang dia menunjukkan isyarat arah depan. Bermakna tidak jauh lagi tetapi selepas lebih 10 minit, papan tanda stesen minyak masih belum juga kelihatan. Terpaksalah saya memperlahankan kelajuan tidak lebih 80 km/sejam.

Rasa kesal pun ada kerana begitu yakin tangki minyak berkapasiti 16 liter yang diisi penuh dari ibu negara cukup untuk sampai di Kuala Rompin, Pahang. Ternyata telahan saya meleset apabila tangki hampir kering membuatkan saya panik, takut tersadai di tengah jalan.

LEGA

Bagaimanapun rasa cemas bertukar lega sejurus selamat tiba di destinasi dituju iaitu gerai Udang Galah Mak Ngah di Kampung Leban Chondong, Kuala Rompin. Terus hilang rasa penat selepas menempuh perjalanan kira-kira 250 km.

Apatah lagi menerima layanan mesra seusai melangkah masuk ke gerai yang diusahakan oleh Kak Anie itu. Perut pula mula rasa lapar apabila melihat makanan yang kami tempah sehari sebelumnya sudah pun terhidang di atas meja.

Ada udang galah goreng tepung dan masak lemak, juga telur dadar dan ulam-ulaman berserta sambal belacan yang memang umph!

 

Antara sajian enak yang dicadangkan jika anda singgah di gerai Udang Galah Mak Ngah.

 

Gerai Udang Galah Mak Ngah adalah antara yang menjadi tumpuan terutama pada hujung minggu.

Udang galah segar bersaiz besar membuatkan pelanggan dari Lembah Klang dan Singapura tidak kisah untuk menempuh perjalanan jauh semata-mata mahu menikmati hidangan laut itu.

Konvoi motosikal pun banyak. Macam pameran motosikal pula. Pelbagai jenama dan saiz jentera dua roda dapat dilihat. Perjalanan kami bermula di Kajang mengikut Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) menuju Kuala Pilah untuk sarapan.

Kami pilih jalan lama kerana tidak mahu rasa bosan menunggang di lebuh raya. Ikut jalan lama dapatlah kami tempuh beberapa kampung. Sejuk sikit mata memandang.

MENCABAR

Selesai sarapan, kami menyambung perjalanan menuju Jelebu seterusnya Muadzam Shah. Laluan dari situ ke Kampung Leban Chondong boleh dikatakan agak mencabar. Laluan satu lorong agak sempit ditambah jumlah kenderaan yang banyak terutama lori.

Sering kali kami terpaksa memotong deretan kenderaan yang panjang. Kecekapan menunggang benar-benar diuji dan tumpuan sepenuhnya harus diberikan.

Stesen minyak pun memang tiada di sepanjang laluan sejauh 54 km itu. Namun syukurlah kami selamat sampai tanpa sebarang masalah.
Kenyang perut, senang hati. Tibalah masa untuk pulang.

Bagi yang masih belum puas meratah udang galah, boleh bawa pulang. Ada udang galah sejuk beku yang siap dipek. Nak bawa dengan motosikal, tiada masalah.

Nak pastikan hati tidak gundah-gulana lagi, saya isi tangki sepenuh-penuhnya sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Baharulah puas menunggang dengan tenang!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya