Beras teknologi nuklear - Utusan Malaysia

Beras teknologi nuklear

DR. Sobri Hussein (kiri) dan Penolong Pegawai Sains, Shuhaimi Shamsudin memasukkan padi yang didedahkan dengan sinaran gamma menggunakan alat GammaCell dalam bekas khas sebdengan Padi Nuklear NMR 152 GAMBAR: LAUPA JUNUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Industri padi dan beras tempatan sejak dahulu amat penting. Ia bukan sekadar sumber makanan negara tetapi penjanaan ekonomi khususnya dalam kalangan penanam.

Keluasan penanaman padi ketika ini adalah 689,268 hektar (ha) dengan pengeluaran sebanyak 2.9 juta tan metrik, penghasilan beras (1.88 juta tan metrik) manakala purata pengeluaran hasil ialah 4.207 tan sehektar.

Dengan tahap sara diri (SSL) mencecah 72 peratus, Malaysia masih mengimport beras antara 700,000 hingga 900,000 tan metrik.

Justeru, masih banyak cabaran dalam industri padi dan beras tempatan antaranya kadar pengeluaran rendah, kadar kehilangan lepas tuai agak tinggi iaitu antara 10 hingga 30 peratus, serangan padi angin, masalah penyakit, bencana alam, perubahan cuaca yang tidak menentu dan kualiti benih padi sah yang rendah.

KEJAYAAN menghasilkan beras menggunakan teknologi nuklear membuktikan kaedah tersebut membantu golongan petani.

 

 

Setakat ini Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) antara agensi yang berjaya membangunkan pelbagai varieti yang kini berjumlah 50 varieti padi.

MARDI diberi mandat membangunkan teknologi biak baka tersebut sejak 1969 bagi memberi manfaat kepada penanam, sekali gus membolehkan mereka layak mendapat subsidi baja, racun dan harga.

Pada 1964 MARDI mula menghasilkan varieti pertama, Malinja manakala Kadaria 1, varieti terakhir setakat ini diisytiharkan tahun lalu.

Namun, teknologi tersebut tidak berhenti di situ sahaja memandang usaha menghasilkan varieti baharu padi sentiasa dijalankan.

Industri ini perlu terus menerima suntikan teknologi baharu bagi membolehkan varieti varieti berkualiti dapat dihasilkan supaya petani dapat menambah pengeluaran, sekali gus meningkatkan tahap SSL negara.

Selain MARDI, Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) turut terlibat dalam teknologi biak baka padi, dengan tujuan yang sama iaitu membantu petani mendapatkan benih berkualiti bagi meningkatkan pengeluaran.

Penyelidik Kanan Bahagian Agroteknologi dan Biosains Nuklear Malaysia, Dr. Sobri Hussein berkata, projek ini diketuai oleh Dr. Abdul Rahim Harun dengan kerjasama pelbagai agensi dan institut pengajian tinggi tempatan serta mendapat bantuan teknikal daripada Agensi Tenaga Atom Antrabangsa (IAEA) menerusi Projek Biak Baka Mutasi Aruhan Padi menggunakan teknologi nuklear.

Projek ini yang bermula pada 2004 dengan merawat benih padi MR 219 dengan sinaran gama pada kekuatan dos radiasi 300 Gy menggunakan kebuk gama di Agensi Nuklear Malaysia untuk mengaruh mutasi sehingga menghasilkan varieti NMR152.

Benih yang telah didedahkan dengan sinaran gama kemudiannya ditanam untuk menghasilkan populasi generasi pertama (M1) benih aruhan mutasi di plot kajian Jabatan Pertanian Sungai Burung Tanjung Karang.

“Pada generasi kedua kita buat pemilihan ciri-ciri yang dikehendaki seperti hasil tinggi, rintang penyakit, tahan kemarau dan juga tahan kepada perubahan iklim,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Kira kira 500 warisan mutan yang berpotensi, disaring daripada makmal dan rumah hijau kemudiannya diulang rawat terhadap tekanan air minimum dan simulasi kemarau di petak sawah.

Langkah seterusnya adalah selepas memperoleh warisan padi yang berpotensi, ia ditanam beberapa pusingan hayat sehingga generasi kelima untuk memastikan kestabilan variasi mutan padi baharu tersebut.

Tindak balas

Beberapa varieti mutan padi yang tahan kepada kemarau atau tekanan air minimum kemudiannya dipilih dan ciri-ciri agronomi dan hasil yang penting seperti berat benih, bilangan anak pokok, saiz biji, tempoh berbunga dan matang padi akan dicerap.

Penilaian awal ke atas prestasi warisan mutan yang berpotensi dijalankan pada 2010. Hasilnya, dua padi mutan iaitu NMR 151 dan NMR 152 telah dipilih berdasarkan prestasi cemerlang dan hasil tuaian yang tinggi serta adaptasi yang sangat memuaskan kepada perubahan cuaca dan penyakit.

Bagi mengesahkan warisan mutan ini rintang terhadap keadaan kemarau, maka ujian verifikasi dijalankan melalui kajian tindak balas fisiologi dan biokimia warisan mutan padi ini terhadap beberapa parameter.

NMR 152 juga boleh bertahan di kawasan yang sukar dan menghasilkan tuaian yang tinggi berbanding varieti lain.

 

PADI NMR 152 ditanam menggunakan transplanter.

 

Pada 2019, Kajian Penentusahan Tempatan (LVT) di beberapa lokasi telah dijalankan di Changloon, Kedah, Tanjung Karang dan Sekinchan di Selangor. NMR152 secara konsisten mengeluarkan hasil padi secara purata lapan tan sehektar di semua kawasan.

Kos penanaman boleh dikurangkan antara lima hingga 10 peratus kerana penggunaan baja dan racun perosak yang kurang. Pada masa yang sama, hasil tuaian boleh meningkat di antara 20 hingga 50 peratus bergantung kepada kawasan tanaman dan amalan kultura petani.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya