Penghormatan terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi - Utusan Malaysia

Penghormatan terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi

Jalur Gemilang dikibarkan separuh tiang di Dataran Merdeka hari ini sebagai menghormati pemergian Perdana Menteri Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia semalam. UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Van jenazah yang membawa Perdana Menteri Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi keluar dari kediaman rasmi menuju ke Masjid Negara untuk istiadat pengebumian. UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Jenazah Perdana Menteri Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi ketika disolatkan sebelum istiadat pengebumian di Makam Pahlawan, Masjid Negara. UTUSAN/SYAKIR RADIN
Perdana Menteri Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dibawa ke Makam Pahlawan selepas solat jenazah pada istiadat pengebumian di Masjid Negara.
Panglima Angkatan Tentera, Datuk Mohd. Nizam Jaafar (dua dari kiri), Panglima Tentera Laut, Datuk Zulhelmy Ithnain (tiga dari kiri) dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris (kanan sekali) yang turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Perdana Menteri Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar (kanan) bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain (tengah) membacakan doa ketika hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Perdana Menteri Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya