Oleh Saddam Yusoff
KUALA LANGAT – Sudah menjadi tradisi untuk masyarakat Melayu menyalakan pelita bagi memeriahkan suasana di halaman rumah setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri terutamanya pada 7 hari terakhir Ramadan yang dipanggil “Malam Tujuh Likur”.
Biarpun hari ini pelbagai jenis pelita moden yang boleh menggantikan pelita yang lama, namun tempahan dan permintaan Pelita Panjut ini masih mendapat tempat di hati masyarakat khususnya orang Melayu bagi menghias halaman rumah mereka menjelang tibanya Aidilfitri.Menurut Pak Tam, bermula awal bulan Ramadan tahun ini, tempahan Pelita Panjut yang diusahakan beliau dan keluarganya sejak tujuh tahun lalu telah mencecah 200 batang walaupun terpakasa meredah hutan untuk mendapatkan buluh yang berkualiti.
Pelita Panjut Pak Tam yang diusahakan ini bukan sahaja Pelita Panjut yang asli malah terdapat Pelita Panjut yang bercorak batik yang menjadi tarikan dan dijual pada harga RM17 sebatang yang mempunya lapan sumbu manakala yang pelita yang tanpa corak dijual pada harga RM15 sebatang.