KUALA LUMPUR, 2 OGOS 2022 – Kelihatan laluan kemudahan trek pejalan kaki bagi Orang Kurang Upaya (OKU) yang buta dihalang oleh segelintir peniaga yang mendirikan gerai di atas laluan itu sekaligus menyukarkan orang buta untuk melalui kawasan persekitaran di Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields semalam. UTUSAN/AMIR KHALID
KUALA LUMPUR, 2 OGOS 2022 – Warga OKU yang buta menggunakan laluan kemudahan panduan trek pejalan kaki bagi orang buta ketika tinjauan kemudahan bagi warga Orang Kurang Upaya (OKU) di Jalan Tun Sambanthan 4, Brickfields semalam .
KUALA LUMPUR, 2 OGOS 2022 – Kemudahan panduan trek pejalan kaki bagi orang buta yang tidak diendahkan dengan meletakkan motosikal ketika tinjauan kemudahan bagi warga Orang Kurang Upaya (OKU) di Jalan Tuanku Abdul Rahman semalam .
KUALA LUMPUR, 2 OGOS 2022 – Kemudahan panduan pejalan kaki bagi orang buta yang disediakan di Jalan Tuanku Abdul Rahman ketika tinjauan kemudahan warga Orang Kurang Upaya (OKU) semalam.