KUALA LUMPUR 28 OGOS 2022, Kelihatan beberapa pesawat Tentera Udara Malaysia (TUDM) melintasi ruang udara berhampiran Menara 118 pada latihan menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-65.UTUSAN/ AMIR KHALID
KUALA LUMPUR 28 OGOS 2022, Kelihatan jet pejuang Tentera Udara Malaysia (TUDM) melintasi ruang udara berhampiran Menara 118 pada latihan menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-65.UTUSAN/ AMIR KHALID
KUBANG PASU 28 OGOS 2022, Seorang penduduk kampung yang juga orang kurang upaya (OKU), Muhammad Kamal Abu menghiasi kenderaan roda tiganya dengan Jalur Gemilang membawa anak-anaknya menyertai perarakan bersama penduduk yang lain mengelilingi kampung mereka sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke- 65 di Kampung Nongka, Jitra di sini hari ini. – UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
KUBANG PASU 28 OGOS 2022, Sebahagian penduduk kampung yang terdiri dari pelbagai lapisan umur menyertai perarakan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke- 65 dengan berarak mengelilingi kampung sambil mengibarkan Jalur Gemilang di sini hari ini.- UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
KUBANG PASU 28 OGOS 2022, Mohd Zahir Yahya, 63 menghias basikalnya dan menggayakan busana tradisional yang bermotifkan Jalur Gemilang bagi menyertai perarakan bersama penduduk yang lain mengelilingi kampung mereka sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke- 65 di Kampung Nongka, Jitra di sini hari ini. – UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
PUTRAJAYA 27 OGOS 2022, Keluarga Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-65 pada 31 Ogos ini bertemakan #Keluarga Malaysia Teguh Bersama di Putrajaya. UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
PADANG BESAR 28 Ogos 2022, SEORANG pemuda menunggang kuda sambil mengedarkan Jalur Gemilang kepada penduduk kampung sambil di Felda Chuping, Perlis, semalam.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN