Peluang eksport udang harimau ke Beijing

Peluang eksport udang harimau ke Beijing

ZAIM Zaimy (kanan) dan Pengurus Besar Beijing Xinfadi, Zhang Yuelin menandatangani MoU di Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang usahawan bumiputera berjaya menembusi pasaran eksport udang harimau ke Beijing, China melalui kerjasama Beijing Xinfadi Zhangxian Network Technology Service Ltd. (Beijing Xinfadi) bermula tahun depan.

Pengarah Cabaran Rapi Sdn. Bhd., Zaim Zaimy berkata, ia merupakan kejayaan pertama syarikatnya memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat terkenal dari China yang menguasai pasaran pasar borong pertanian terbesar di Beijing.

Menurutnya, menerusi perjanjian itu pihaknya akan membekalkan lebih 300 tan metrik udang harimau setiap minggu ke negara berkenaan.

“Ini merupakan satu pencapaian yang amat memberangsangkan kerana kita dapat memasarkan udang harimau ke Beijing.

“Sebagai permulaan kita akan mengekspor sebanyak 300 tan metrik udang harimau segar dan mungkin akan menambah jumlah tersebut bergantung kepada permintaan daripada syarikat tersebut,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas majlis menandatangani MoU di Ayer Keroh di sini.

Selain Cabaran Rapi Sdn. Bhd., terdapat enam lagi syarikat tempatan di Melaka turut memeterai MoU dengan syarikat sama dalam pelbagai produk pertanian.

Tambah Zaim, Beijing Xinfadi dikenali sebagai pemain industri pasar borong produk pertanian terbesar yang ditubuhkan sejak 1998.

Menurutnya, syarikat itu memiliki kira-kira 5,000 anak syarikat borong berskala besar di kawasan seluas 679 hektar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya