Warung Eropa terbangkan rasa autentik Bali ke Malaysia - Utusan Malaysia

Warung Eropa terbangkan rasa autentik Bali ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Selain pantai dan lokasi pelancongan yang menarik, Pulau Bali juga merupakan destinasi popular yang kaya dengan pelbagai menu tradisional yang menjadi punca utama tarikan pelancong dari dalam dan luar Indonesia.

Merupakan pulau kedua popular di dunia, sajian ‘Bebek’ atau itik adalah antara ‘signature’ utama makanan khas provinsi itu.

Kini bagi pelanggan di Malaysia yang mengidam untuk menikmati hidangan tersebut, anda sudah tidak perlu bimbang atau perlu terbang jauh selepas ini kerana restoran popular Warung Eropa yang terkenal di sana sudah melebarkan sayap dengan membuka cawangan kedua, sekaligus yang pertama di Malaysia.

Bermula di Seminyak, Bali pada tahun 2000, kini setelah hampir 23 tahun di Pulau Seribu Dewa, pemiliknya Tania Arlene yang merupakan seorang chef mengorak langkah dengan membawakan pelbagai hidangan khas pulau itu ke Malaysia untuk santapan peminat hidang di negara ini.

Berada di dalam restoran ini, jiwa seakan dibawa menelusuri pulau tersebut apatah lagi apabila menghayati serta melihat dekorasi, alunan muzik serta pelayannya yang berada di restoran tersebut.

Warung Eropa juga turut menyediakan pelbagai hidangan lazim seperti Rawon Malang, Sayur Asem, Sayur Lodeh Pete dan Empal yang pasti akan membuat pencinta makanan jatuh cinta.

Pengasas kedai ini juga turut mempunyai perancangan untuk menghadiahkan setiap pelanggan setia dengan anugerah ‘Customer of the Week’ dan ‘Customer of the Month’ yang setia memberi sokongan dan membantu mengembangkan perniagaan mereka kerana dia percaya dengan manganjurkan pengiktirafan sedemikian akan mampu menarik ramai pelanggan berkunjung ke restorannya.

Dalam pada itu, Tania turut memberitahu, walaupun Warung Eropa mempunyai bar koktel, namun dia menegaskan semua hidangan yang terdapat di kedainya adalah ‘pork-free’.

Majlis pelancaran kedai ini juga turut dihadiri oleh Duta Republik Indonesia ke Malaysia, Dato Indera Hermono.

Warung Eropa mula beroperasi pada pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam di Tingkat 2, Plaza The Exchange TRX.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya