IQOS ILUMA alternatif berhenti merokok

IQOS ILUMA alternatif berhenti merokok

IQOS ILUMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Philip Morris Malaysia Sdn. Bhd. (PMM) melancarkan peranti terbaharunya yang lebih inovatif sebagai satu daripada usaha berterusan syarikat tersebut membawakan era bebas asap rokok ke negara ini.

Dinamakan IQOS ILUMA, peranti yang dipertingkatkan itu menyediakan alternatif yang lebih baik dan kurang mudarat khusus kepada perokok dewasa sedia ada.

Pengarah Urusan PMM, Naeem Shahab Khan berkata, IQOS ILUMA dibangunkan dengan teknologi terbaharu hasil daripada maklum balas pengguna terhadap produk IQOS terdahulu bagi memberikan kepuasan merokok sebenar.

NAEEM SHAHAB KHAN (kiri) bersama Pengarah Operasi Komersial PMM, Mazlan Jala menunjukkan isyarat bagus sewaktu pelancaran IQOS ILUMA di Petaling Jaya, baru-baru ini.

IQOS ILUMA menggunakan Smartcore Induction System dan Terea Smartcore Stick yang mampu menghasilkan wap tembakau yang konsisten tanpa bau yang kurang menyenangkan dan habuk.

Peranti itu tampil dengan teknologi tanpa bilah supaya ia tidak perlu dibersihkan seperti sebelum ini kerana tiada sisa tembakau akan terhasil.

Kajian menunjukkan IQOS ILUMA mengurangkan sehingga 95 peratus bahan kimia berbahaya berbanding rokok tradisional kerana tiada pembakaran tembakau berlaku.

“Namun, ini tidak bermakna risiko turut berkurangan 95 peratus. IQOS bukanlah peranti bebas risiko,’’ tegasnya.

Naeem berkata, walaupun semakin ramai perokok di Malaysia sudah beralih menggunakan IQOS tetapi peralihan itu agak perlahan berbanding beberapa negara lain seperti Jepun walaupun IQOS sudah berada di pasaran negara ini sejak 2018.

Ketika ini, dianggarkan 27.4 juta pengguna IQOS di seluruh dunia dan daripada jumlah itu, kira-kira 19.7 juta sudah meninggalkan rokok tradisional sepenuhnya.

IQOS ILUMA didatangkan dalam tiga reka bentuk dan warna menawan dan dijual dengan harga bermula dari RM179. Ia boleh dibeli di 23 pusat jualan, kedai-kedai serbaneka di seluruh negara dan juga secara dalam talian.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya