PETALING JAYA: Guardian Malaysia terus mengembangkan rangkaian produk eksklusifnya dengan tambahan satu lagi rangkaian penjagaan rambut, Kusabana, dengan rumusan istimewa air mata air panas dari Jepun.
Kusabana, yang bermaksud ‘tumbuhan berbunga’ dalam bahasa Jepun diilhamkan oleh satu bentuk kesenian rakyat Jepun yang sangat dikagumi daripada keindahan semula jadi dan gubahan bunga.
Ia dirumus daripada air mata air panas dari Yubara Jepun, yang mengandungi gabungan multi mineral natrium, kalsium dan potassium yang menggalakkan kulit kepala yang sihat.
Satu lagi bahan utamanya adalah minyak Camelia Japonica dari Pulau Toshima yang mengurangkan pembentukan hujung rambut bercabang, melindungi rambut dari pengaruh luaran dan kekeringan, melembutkan rambut dan menjadikannya lebih bersinar.
Pengarah Komersial dan Pengarah Jenama Sendiri Malaysia dan Brunei, Kesihatan dan Kecantikan Asia Tenggara, Anna Hull berkata, Guardian sentiasa mengkaji dan membawa masuk produk terbaik pada nilai hebat untuk para pelanggan.
“Kusabana adalah hasil daripada usaha berterusan ini dan rangkaian ini dibotolkan secara eksklusif untuk Guardian, menjadikannya satu daripada produk Jenama Sendiri eksklusif Guardian.
“Formulasi unik Kusabana adalah sepenuhnya dari Jepun. Ia bebas silikon dan lapan bahan lain untuk rambut dan kulit yang sihat, 90 peratus bahan-bahannya semula jadi , mengandungi enam minyak dan ekstrak dan menggunakan haruman bertaraf dunia.
“Semua produk Kusabana diuji dan terbukti secara dermatologi,” katanya dalam kenyataan.
Rangkaian tersebut termasuk Syampu dan Perapi Moist and Shine, Syampu dan Perapi serta Pupur Rambut Damage Repair, syampu Volume dan Anti-Breakage, Syampu Deep Cleanse and Refresh dan MInyak Rambut Jasmin Moist and Repair.
Tambah beliau, pengenalan rangkaian penjagaan rambut Kusabana eksklusif di stor-stor Guardian ini mencerminkan kesungguhan syarikat dalam memberikan yang terbaik dengan memperkenalkan produk terhangat dengan teknologi terkini yang memberikan manfaat kepenggunaan dan pengalaman yang lebih baik dan lebih hebat serta nilai yang lebih baik kepada pelanggan.
Rangkaian penjagan rambut Kusabana boleh didapati di semua stor Guardian dengan harga bermula dari RM31.90 setiap pek. – UTUSAN