Sasar 200 pengunjung bufet Ramadan hasil peralihan fasa endemik - Utusan Malaysia

Sasar 200 pengunjung bufet Ramadan hasil peralihan fasa endemik

BUFET Ramadan tahun ini dijangka lebih meriah berikutan peralihan fasa endemik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 200 pelanggan bufet Ramadan disasarkan setiap hari susulan peralihan negara ke fasa endemik awal bulan depan.

Pengurus I’ Dahlia Corner, Dahliati Aliruddin berkata, lonjakan tersebut mampu dicapai berdasarkan trend tempahan yang ditunjukkan pelanggan sebelum ini.

Katanya, harga bufet Ramadhan yang ditetapkan kali ini adalah RM59 untuk dewasa dan kanak-kanak RM 29 untuk kanak-kanak.

“Kita akan beri diskaun sebanyak 10 peratus kepada pembeli awal dengan harga yang lebih berpatutan. Walaupun apa pun berlaku termasuk peningkatan kos barangan mentah,  yang penting  kami mahu memberi peluang kepada orang ramai menikmati pelbagai juadah.

“Malah, mereka boleh menikmati lebih 50 juadah tempatan yang dihidangkan setiap hari seperti ikan patin tempoyak ala Pahang, Sup Campur Padu di samping pelbagai jenis kuih muih,” katanya ketika Majlis Pra Pelancaran dan Pengenalan Bufet Ramadhan baru-baru ini.

Dahliati berkata, tahun lalu purata pelanggan yang menikmati bufet Ramadan lebih kurang 150 orang sehari walaupun berdepan kekangan pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, beliau dalam masa yang sama cuba mencetuskan kelainan dengan memperkenalkan konsep baharu bertemakan taman dan tumbuh-tumbuhan menjelang ketibaaan Ramadhan nanti.

Menurutnya idea tersebut merupakan cetusan daripadanya sendiri bagi memberi kelainan serta ketenangan dalam kalangan pengunjung yang menikmati hidangan di tengah kota raya.

Katanya, minat mendalam terhadap tumbuh-tumbuhan juga menyebabkan dia tekad untuk menghasilkan konsep berbeza berbanding restoran mahupun hotel lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya