LANGKAH kerajaan mendukung Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi mendapat reaksi positif peniaga.
Melalui Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM), kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyasarkan untuk memperkenal lebih banyak perniagaan PKS, di samping menggalakkan masyarakat membeli barangan tempatan.
Sempena jualan 12.12, PKS yang bernaung di bawah KPDNHEP menawarkan potongan harga bagi barangan yang dijual.
Pelbagai jenama dan perkhidmatan tempatan yang berkualiti tinggi akan mengambil bahagian dalam jualan pada tarikh istimewa ini.
11 produk pilihan tempatan
1. Sertwo
Menjaga kebersihan dan kesucian diri menjadi tuntutan dalam agama Islam, salah anggap mengenai proses yang rumit membuatkan ramai mengambil mudah tentangnya.
Produk Sertwo memberikan pengguna penyelesaian melalui pembersihan dan perundingan sertu profesional. Produknya yang kompak memudahkannya untuk dibawa kemana-mana sahaja dan secara tidak langsung mendidik pengguna muslim kepentingan pembersihan sertu dalam ekosistem halal.
Facebook: Sertwo Malaysia
Instagram: sertwomalaysia
2. Bin Maleeq
Susu kambing telah terbukti mengandungi lebih banyak khasiat berbanding susu lembu, bagi berkongsi kebaikannya bersama masyarakat, Bin Maleeq memperkenalkan Maleeq Café LATTE minuman dengan khasiat susu kambing dan Arabic Gum.
Bin Maleeq turut mempunyai variasi produk jualan yang lain seperti Kudapan Kentang Bilis dan Maleeq Spread.
Facebook: Bin-Maleeq Trading
Instagram: Bin Maleeq Trading
3. Haji Zainol
Menawarkan sos cili, kicap manis dan cuka dengan resepi istimewa, jenama Haji Zainol sentiasa menjadi buruan pengguna setia.
Produk muslim keluaran bumiputera ini turut didatangkan dalam saiz mini yang sering menjadi pilihan pasangan pengantin sebagai buah tangan untuk tetamu perkahwinan.
Facebook: Haji Zainol Food Industries Sdn Bhd
Instagram: hajizainol.hq
4. Halalgel
Dengan visi menjadi pembekal produk halal ke seluruh dunia, Halagel berinovasi daripada pengimport dan pengedar tunggal gelatin halal untuk makanan dan farmasi kepada perkhidmatan pembuatan dan pengedaran.
Kini jenama Halagel mempunyai beberapa rangkaian produk terdiri daripada produk kecantikan, penjagaan peribadi, barangan runcit dan kesihatan.
Facebook: Halagel Malaysia
Instagram: Halagelmy
5. Hazra
Pes makanan sentiasa menjadi pilihan bagi memudahkan urusan masakan, bagi mereka yang sibuk bekerja pes amat membantu dalam penyediaan bahan makanan.
Hazra Jaya Food merupakan pengilang dan pemasar produk berasaskan sos dan pes masakan. Antara produk yang ditawarkan ialah pes sambal tumis, sos cili, kuah yong taufu, pes mee kari dan kuah sate.
Dengan pes Hazra makanan dapat disediakan lebih mudah, cepat dan sedap untuk dinikmati seisi keluarga.
Facebook: Hazra Jaya Food
Instagram: hazrajaya
6. Nervo Coffee To Go
Kopi sering dijadikan minuman bagi menambah tenaga atau membantu menghilangkan rasa mengantuk. Namun begitu, kopi sebenarnya mengandungi banyak khasiat lain seperti vitamin dan mineral.
Dirumus bagi membantu memberikan tenaga dan kekal cergas sepanjang hari, NERVO Coffee to Go merupakan kopi campuran dengan ekstrak terbaik Bacopa Monnieri, Kurma & Royal Jelly serta kaya dengan zat organik dan nutrien premium.
Dengan dua variasi Mocha dan Latte, NERVO Coffee to Go pastinya pilihan terbaik ketika bersarapan atau bekerja.
Facebook: Nervo Malaysia Official
Instagram: nervo.malaysia.official
7. Zayyan Collection
Memahami keselesaan menjadi pilihan utama wanita berhijab, Zayyan Collection memastikan koleksi hijab yang ditawarkan menepati cita rasa pengguna di samping mematuhi syariah agama.
Selain menggunakan bahan yang selesa dan tidak panas, setiap koleksi Zayyan Collection dijahit sendiri bagi menjaga kualiti produk yang dikeluarkan.
Facebook:Zayyan
Instagram: zayyanscarf
8. Hipster Pomade
Hipster Pomade merupakan salah satu produk penjagaan rambut lelaki yang terkenal di pasaran sejak tahun 2015.
Produk ini berjaya menawan hati pengguna dengan kualiti yang ditawarkan setanding dengan produk antarabangsa selain dijual pada harga yang berpatutan.
Facebook: Hipster Pomade
Instagram: hipster_pomade
9. Agola
Bagi mereka yang mempunyai anak kecil, tingkatkan daya kreativiti anak-anak dengan permainan berkonsepkan “Bricks & Blocks” daripada AGOLA Education Toys.
Hadir dengan lebih 30 pilihan warna dan bentuk yang menarik, ia pastinya menjadi satu pelaburan yang berbaloi untuk anak-anak kerana dapat membantu meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan menajamkan daya tumpuan.
Facebook: Agola Education Toys Sales
Instagram: agola.toy
10. Hana Medic
Merupakan salah satu syarikat konsesi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Hana Medic bertanggungjawab mengedar dan menyediakan peralatan mencuci untuk kerja pembersihan dan penyelengaraan hospital di bawah jenama Safer.
Hana Medic menawarkan produk seperti pembersih tangan dengan pelembap, losen tangan dan badan, bahan pencuci serta kain pengelap.
Facebook: Safer Kids
Instagram: hanamedicofficial
11. Bionutraceutical
Menyediakan servis perkhidmatan buat peniaga, Bionutraceutical Sdn Bhd ialah syarikat yang membantu usahawan yang ingin mengeluarkan produk sendiri (OEM) seperti produk makanan kesihatan, kosmetik serta penjagaan wajah, jus, minuman pra campuran dan minyak wangi
Peniaga yang berhasrat untuk mengeluarkan produk sendiri akan dibantu dan dibimbing sepenuhnya. Setiap produk yang dikeluarkan juga akan mendapat pensijilan Halal dan MESTI.
Facebook: Bionutraceutical Sdn Bhd
Website: www.bionutratechnologies.com
Belanja Untuk Malaysia
Bagi membantu perkembangan ekonomi tempatan dalam waktu yang sukar, rakyat Malaysia diseru agar turut sama memainkan peranan dengan membeli dan menyokong barangan buatan Malaysia.
Kempen Beli Barangan Malaysia diharap dapat menjadi satu platform kepada semua peniaga PKS di seluruh negara memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, seterusnya mampu untuk terus berdaya saing dan mengembangkan perniagaan di masa hadapan.