PKP dorong CAP terbit buku panduan berkebun - Utusan Malaysia

PKP dorong CAP terbit buku panduan berkebun

BUKU panduan berkebun yang bebas racun kimia yang diterbitkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan dilancarkan sempena Minggu Tindakan Hijau (Green Action Week) Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Ekoran dihujani panggilan daripada suri rumah yang bertanyakan mengenai hal ehwal berkebun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Persatuan Pengguna Pulau Pinang mengambil inisiatif menghasilkan buku panduan berkebun sebagai rujukan semua pihak.

Lebih manis, buku berjudul ‘Pengurusan Makhluk Perosak Kebun di Rumah’ dengan 20 muka surat itu dilancarkan Sabtu lalu sempena Minggu Tindakan Hijau (Green Action Week) yang disambut seluruh masyarakat antarabangsa.

Diterbitkan dalam empat bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil, buku itu boleh didapati di Ibu Pejabat CAP di Jalan Masjid Negeri di sini.

Menurut Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, pandemik Covid-19 dan tempoh berkurung menyebabkan ramai isi rumah memulakan usaha berkebun dan menanam sayur-sayuran sendiri di rumah.

MOHIDEEN ABDUL KADER

Ekoran itu, kata beliau, pihaknya menerima banyak panggilan daripada orang ramai yang meminta nasihat termasuk bagaimana untuk menghadapi masalah dengan makhluk perosak.

Oleh itu, ujarnya, CAP memutuskan untuk menghasilkan buku panduan itu yang antara lain menekankan kaedah penyelesaian berasaskan bukan kimia bagi pengurusan makhluk perosak.

“Buku panduan ini menyediakan beberapa pengetahuan asas mengenai makhluk perosak biasa yang terdapat di kebun dan peranan serangga pemangsa dalam menguruskannya. 

“Ia juga memberikan panduan mengenai cara membuat larutan kawalan makhluk perosak yang mudah serta cara untuk menarik serangga bermanfaat ke kebun,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Tambah beliau, penerbitan buku itu juga selari dengan pendirian CAP yang  mahu racun makhluk perosak yang amat berbahaya diharamkan supaya masyarakat tidak terdedah kepada bahan toksik itu.

Katanya, CAP sebelum ini turut menyerahkan memorandum menggesa supaya diharamkan glyphosate dan racun rumpai berasaskan glyphosate yang digunakan dengan meluas di seluruh dunia. 

“Semua bahan kimia pertanian ini meracuni kita dan alam sekitar dan penggunaannya perlu dihentikan selain tidak lagi dihasilkan dan dijual,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya