Malaysia perlu pertahan pendirian isu produk sawit negara - Tok Pa - Utusan Malaysia

Malaysia perlu pertahan pendirian isu produk sawit negara – Tok Pa

MUSTAPA Mohamed (duduk, tengah) ketika melawat keluarga Abdul Hamid Johan (tiga dari kanan) bersama isteri, Samaria Muzaffa Khan (dua dari kanan) serta anaknya, Norrehan Abdul hamid (kanan) dalam Program Lawatan ke Flat Larkin Johor Bahru semalam. - FOTO/BAAZLAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan perlu mempertahankan kedudukannya berhubung dakwaan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bahawa terdapat penggunaan buruh paksa dalam industri sawit negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapha Mohamad berkata, isu seperti ini bukan pertama kali dibangkitkan dan sebahagiannya telah diselesaikan. 

Katanya, sehubungan itu pihaknya berharap kerajaan akan mengadakan perbincangan dan memberi penjelasan berhubung perkara tersebut. 

“Ini bukan pertama kali isu dibangkitkan, dalam sektor pembuatan juga sudah dibangkitkan dan kita telah memberi penerangan dan sebahagian masalah telah diselesaikan. 

“Jadi kita harap dengan penerangan yang akan diberi, pihak AS akan menerima penjelasan dan menerima kemasukan semula produk sawit tempatan ke pasaran negara itu,” ujarnya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke Rumah Sewa Kerajaan (RSK) di Rumah Pangsa Larkin di sini hari ini. 

Baru-baru ini, Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS dilaporkan telah mengeluarkan arahan untuk menahan kemasukan produk sawit dan minyak sawit dari FGV Holding Berhad di pelabuhan negara itu. 

Tindakan tersebut dibuat atas dakwaan berlakunya penggunaan tenaga buruh paksa dalam proses pengeluaran produk berkenaan.

Mustapha turut memberitahu, di peringkat FGV, penjelasan berhubung dakwaan itu telah diberi dengan menekankan bahawa isu berkenaan tidak berbangkit.

“Isu ini sudah pasti menimbulkan kebimbangan kerana produk sawit merupakan sektor besar dalam negara yang turut melibatkan ramai golongan pekebun kecil,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya