Pelabur asing jual RM1.34b ekuiti tempatan bagi minggu ke-21

Pelabur asing jual RM1.34b ekuiti tempatan bagi minggu ke-21 berturut-turut

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelabur asing kekal meneruskan aliran jualan bersih mereka di Bursa Malaysia untuk minggu ke-21 berturut-turut, mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak RM1.34 bilion, satu peningkatan ketara berbanding aliran keluar RM881.5 juta yang direkodkan pada minggu sebelumnya.

MIDF Research dalam Laporan Aliran Dana minggu berakhir 14 Mac 2025 berkata, pelabur asing menjadi penjual bersih pada setiap hari dagangan pada minggu lalu, dengan Selasa mencatatkan aliran keluar paling tinggi iaitu RM446.6 juta. 

Katanya, pada hari-hari lain, aliran keluar adalah antara RM107.1 juta hingga RM364.6 juta.

“Tiga sektor utama yang mencatatkan aliran masuk bersih pelabur asing adalah pembinaan (RM108.0 juta), teknologi (RM22.0 juta) dan tenaga (RM6.4 juta). 

“Sementara itu, tiga sektor utama yang mencatatkan aliran keluar bersih asing tertinggi adalah perkhidmatan kewangan (RM703.8 juta), produk dan perkhidmatan pengguna (RM122.6 juta) dan utiliti (RM119.2 juta).

“Sebaliknya, institusi tempatan kekal teguh menyokong pasaran, mencatatkan minggu ke-21 berturut-turut dengan pembelian bersih, dengan aliran masuk kukuh sebanyak RM1.31 bilion, lebih daripada dua kali ganda aliran masuk RM617.3 juta pada minggu sebelumnya,” katanya.

Sementara itu, pelabur runcit tempatan meneruskan aliran pembelian bersih mereka untuk minggu kelima berturut-turut, walaupun pada kadar yang lebih perlahan, dengan aliran masuk bersih sebanyak RM31.5 juta, penurunan mendadak berbanding RM264.2 juta pada minggu sebelumnya.

“Purata jumlah dagangan harian (ADTV) menunjukkan peningkatan yang meluas, kecuali bagi pelabur runcit tempatan. 

“Pelabur asing dan institusi tempatan mencatatkan kenaikan masing-masing sebanyak 11.0 peratus dan 10.9 peratus, manakala pelabur runcit tempatan mencatatkan penurunan kecil sebanyak 1.6 peratus,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya