MBI Selangor distruktur semula bagi capai pendapatan RM8 bilion

MBI Selangor distruktur semula bagi capai pendapatan RM8 bilion

MBI Selangor
AMIRUDIN Shari berucap pada Majlis Makan Malam 30 Tahun Jubli Mutiara MBI Selangor di Shah Alam, Selangor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Anak syarikat kerajaan negeri, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) sedang melaksanakan penstrukturan semula organisasi sebagai sebahagian daripada inisiatif di dalam pelan Thrive28 bagi mencapai sasaran pendapatan sebanyak RM8 bilion pada 2028.

Penstrukturan tersebut turut melibatkan penyusunan semula di peringkat 23 anak syarikat (milikan) yang disasarkan memberi pulangan dividen seperti ditetapkan dalam pelan tindakan strategik kumpulan (GSB) menerusi Thrive28 melalui tiga fasa bermula 2022 hingga 2028.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, fasa yang bermula sejak 2022 itu menggariskan lima pelan tindakan bagi mencapai keuntungan sebelum cukai pihak berkuasa tempatan (PBT) berjumlah RM1.2 bilion selain mengoptimumkan portfolio perniagaan.

“Itu memang sudah dilaksanakan dahulu secara berperingkat, kita lahirkan Mantap Murni, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan apa yang ada di dalam Central Spectrum hingga sampai ke atas.

“Jadi, kita hendak sasaran dividen kepada MBI itu dapat dicapai dan dipulangkan kembali kepada kerajaan negeri melalui program-program yang diatur oleh MBI,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Makan Malam 30 Tahun Jubli Mutiara MBI Selangor, malam tadi.

Tambah Amirudin yang juga Pengerusi MBI Selangor itu, pelaburan yang terdapat di negeri ini sehingga mencecah RM101 bilion seperti dilaporkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, baru-baru ini.

“Contoh, tahun lepas pelaburan di Selangor RM101 bilion, RM18 bilion adalah daripada pembuatan. Selebihnya RM82 bilion datang dari sektor perkhidmatan. Tetapi, jangan lupa ada RM37 bilion yang datang daripada sektor komoditi, perlombongan kuari dan sebagainya yang dipanggil sebagai primary industry.

“Jadi itu antara tiga perkara yang sudah menjadi kekuatan kepada negeri yang boleh digunakan oleh MBI dengan beberapa arus kemajuan yang dirangka sebagai contoh Rancangan Selangor Pertama (RS1),” jelasnya.

Selain itu, Amirudin memberitahu MBI turut memberi tumpuan terhadap pembangunan bakat baharu dan budaya prestasi tinggi untuk kembali menyumbang kepada negeri melalui anak-anak syarikat.

“Memberikan tumpuan pembangunan bakat dan budaya prestasi tinggi, ia satu perkara yang penting supaya MBI mampu melahirkan bakat-bakat baharu dan sebahagiannya memang ada dalam tabung biasiswa kepada anak syarikat kerajaan negeri dan keluarga.

“Itu memang MBI laksanakan, setiap tahun beri sokongan. Pekerja dan pegawai yang terdapat dalam lingkungan MBI membantu atau dapat sokongan dan di situ saya rasa kita perlu menyusun supaya mereka terlibat balik di dalam anak syarikat seperti MBI dalam bidang kerja yang kita lihat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya