KKLTAT mahu Ketua Eksekutif berwibawa - Utusan Malaysia

KKLTAT mahu Ketua Eksekutif berwibawa

ZULHARITH SHAHRIZZAN KUMAR ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kesatuan Kakitangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (KKLTAT) memohon agar calon Ketua Eksekutif LTAT baharu haruslah seorang yang berwibawa, berintegriti serta berpengalaman luas dalam bidang pelaburan dan korporat.

Presidennya, Zulharith Shahrizzan Kumar Abdullah berkata, ia penting bagi memastikan kewangan dan ekonomi LTAT dikendalikan dengan lebih bijak, terurus dan berintegriti.

Katanya, mereka tidak sanggup menerima cara pengurusan tidak cekap dan tadbir urus yang lemah kerana ia akan menggadai masa depan pencarum-pencarum khasnya dan kakitangan LTAT amnya.

“KKLTAT juga berharap syarikat Kumpulan LTAT seperti Boustead Holdings Berhad, Affin Bank Berhad, Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera, Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) dan Perbadanan Perwira Niaga Malaysia dikekalkan peranan masing-masing.

“Bahkan, dipertingkatkan lagi sokongan kepada mereka agar dapat memberi pulangan yang terbaik kepada LTAT dan dalam masa sama semua aset-aset LTAT tidak dikompromikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, KKLTAT juga berharap agar pihak kerajaan memberi kerjasama, sokongan, ruang dan peluang kepada LTAT untuk membuat pelaburan yang berdaya saing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya