‘Six World Marathon Majors’ dambaan pelari

‘Six World Marathon Majors’ dambaan pelari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAMPIR 800 acara marathon atau larian sejauh 42.195 kilometer (KM) berlangsung di seluruh dunia pada setiap tahun, namun hanya terdapat enam acara yang diiktiraf sebuah badan iaitu

Abbott World Marathon Majors.

Pengiktirafan itu mengambil kira syarat dan kualiti penganjur enam marathon tersebut atau juga dikenali ‘Six World Marathon Majors’ sama ada menepati daripada segi catatan masa, jarak dan struktur jalan raya.

Enam marathon itu adalah Tokyo Marathon, Boston Marathon, London Marathon, Berlin Marathon, Chicago Marathon dan New York Marathon.

Pengiktirafan ‘Six World Marathon Majors’ menjadikan peminat acara larian panjang sejauh 42KM berlumba-lumba untuk menyertai keenam-enam marathon itu apatah lagi berlangsung di bandar utama dunia antaranya New York, London dan Tokyo. Namun begitu, bukan mudah untuk menyertai salah satu acara marathon tersebut kerana perlu mencabut ‘ballot’ atau undi terlebih dahulu sebelum boleh dibenarkan mendaftar.

Misalnya, mereka perlu melakukan ‘ballot’ kepada penganjur dalam tempoh setahun sebelum marathon berlangsung dan penganjur kemudian memilih calon dengan cabutan undi sebelum menghantar jawapan sama ada berjaya atau tidak menerusi emel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Langkah ini dibuat untuk memastikan kualiti setiap enam acara marathon itu dengan penganjur perlu mengambil kira catatan masa mana-mana larian sebelum ini. Ini sekali gus menjadikan sesiapa sahaja yang menyertai salah satu atau semua menyertai ‘Six World Marathon Majors’ ini adalah bukan calang-calang pelari.

Kebanyakan pelari mengimpikan untuk menyertai salah satu ‘Six World Marathon Majors’, atau keenam-enam acara kerana bukan sahaja dapat berlari di luar negara tetapi memperoleh ‘Six Star Medal’. Mereka juga boleh mendapat pengiktiran memasuki kelab eksekutif yang sama setanding pelari elit antarabangsa seperti Eliud Kipchoge.
Berikut adalah butiran ‘Six World Marathon Majors’:

Tokyo Marathon
Secara umumnya acara ini berlangsung pada Ahad pertama dalam Mac setiap tahun.
 Merupakan marathon terbaharu keenam dalam World Marathon Majors pada 2012 yang sebelum ini hanya lima sahaja.
Bermula di Bangunan Kerajaan Kerajaan Metropolitan di Shinjuku, laluan larian akan melalui kawasan ikonik seperti Menara Tokyo, Istana Imperial dan bandar lama Asakusa.

Boston Marathon
Larian ini kebiasaannya berlangsung pada Isnin ketiga dalam bulan April atau bersempena Hari Patriot di Amerika Syarikat.
Untuk maklumat, Boston Marathon merupakan acara tahunan maraton paling lama di dunia kerana telah berlangsung sejak 1897.
Acara ini mengambil aspirasi pertandingan maraton ketika Sukan Olimpik Athens 1896.

London Marathon
Berlari dengan pemandangan Istana Buckingham, Bangunan Big Ben dan Menara London merupakan antara tarikan London Marathon.
Kebiasaannya berlangsung pada musim bunga pada April, acara ini juga menjadi rebutan peminat hobi larian.

Berlin Marathon
Pernah mencatat rekod masa terpantas apabila sebanyak 12 rekod dunia berjaya diraih oleh pelari elit.
Antaranya pemegang rekod dunia, Eliud Kipchoge yang berjaya mendapat catatan masa 2:01:09 dalam jarak 42KM pada sebelum ini.
Permukaan jalan raya yang baik mungkin faktor peserta dapat catatan masa lebih baik.

Chicago Marathon
Bermula daripada 4,200 peserta, kini jumlah penyertaan hampir mencecah 40,000 pelari.
Bermula 1977, laluan marathon ini bermula dari Windy City dan berakhir di Grant Park.

New York Marathon
Boleh dikatakan New York Marathon merupakan acara terbesar dunia kerana disertai lebih 50,000 pelari yang hadir dari seluruh negara.
Apatah lagi berlari di bandar New York, saat ini amat dinantikan oleh setiap peserta yang ingin menghabiskan larian sejauh 42KM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya