SEKUMPULAN ahli astronomi dari England mungkin selangkah lebih dekat untuk membuktikan kewujudan makhluk asing selepas berjaya menemukan 85 lagi planet di luar sistem suria. Eksoplanet yang ditemukan itu dikatakan mempunyai kriteria unik untuk mengekalkan kehidupan. Eksoplanet merupakan planet yang mengelilingi bintang selain daripada matahari. Pasukan pakar mengkaji data satelit Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) untuk mengesan puluhan planet baharu yang sama saiznya dengan Musytari, Zuhal dan Neptun selepas mencari sampel 1.4 juta bintang. Daripada jumlah 85 eksoplanet yang dikesan, sebanyak 60 merupakan penemuan baharu, dengan masing-masing suhu planet…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya