Russia mahu balas dendam

Russia mahu balas dendam

GAMBAR menunjukkan kemusnahan kediaman di wilayah Donetsk, timur Ukraine, semalam. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Setelah dikatakan ratusan tentera Russia terbunuh dalam pertempuran yang berlaku pada hari pertama 2023, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mendakwa negara seterunya
kini berkempen untuk terus merancang serangan dron berlarutan bagi menjatuhkan moral pertahanan negara itu.

Hal ini kerana, Zelensky berkata, dia menerima laporan risikan yang mendakwa Russia akan melancarkan serangan balas terhadap mereka dengan menggunakan dron-dron buatan Iran tersebut.

Perkara itu berbangkit selepas Ukraine melancarkan serangan yang dikatakan membunuh ratusan tentera Russia di wilayah Donbas.

Namun, dalam pertempuran itu, Russia mendakwa hanya 63 tenteranya terbunuh.

USAHA MELETIHKAN
UKRAINE

Zelensky berkata, Russia bagaimanapun tidak akan berehat, sebaliknya merancang untuk menekan dan ‘meletihkan’ Ukraine dengan mengadakan serangan dron berterusan.

“Kita perlu pastikan apa yang akan kita lakukan adalah untuk ini (pertahankan negara), supaya matlamat ‘pengganas’ gagal seperti mana yang
lain.

“Sekarang, adalah masanya untuk semua terlibat dan sangat prihatin untuk melindungi ruang udara kita,” katanya.

Dron Russia menyerang ruang udara Ukraine bertubi-tubi sejak akhir-akhir ini dengan menyasarkan bandar-bandar dan stesen-stesen tenaga negara itu sejak tiga malam yang lalu.

Bagaimanapun, Zelensky berkata, pertahanan Ukraine berjaya menembak jatuh lebih 80 dron buatan Iran pada hari pertama tahun ini.

SASAR STESEN TENAGA

Russia dikatakan menyasarkan serangan di tempat-tempat kemudahan infrastruktur tenaga Ukraine untuk beberapa bulan ini, memusnahkan stesen-stesen tenaga dan menjerumuskan berjuta-juta penduduk Ukraine ke dalam ‘kegelapan’ semasa musim sejuk.

Dalam sisi lain, Ukraine bagaimanapun mengesahkan mereka membuat serangan balas dengan menakluk wilayah Donetsk yang didakwa mengorbankan 400 tentera Russia.

Bagaimanapun, Russia menyanggah jumlah berkenaan dan mendakwa hanya 63 sahaja tentera mereka terkorban.

Apa pun, kedua-dua dakwaan itu juga dikatakan tidak dapat disahkan dan masing-masing dihalang untuk akses ke tempat serangan.

Serangan Ukraine pada hari pertama 2023 menghancurkan bandar Makiivka di mana tentera Russia ditempatkan.

Malah, Moscow sehingga kini dikatakan enggan mengesahkan jumlah mangsa yang terkorban.

Dalam pada itu, Pengarang BBC Russia, Steve Rosenberg berkata, serangan yang berlaku adalah serangan membunuh.

Malah, katanya, tindakan berdiam diri mungkin bukan satu pilihan untuk Russia.

Dikatakan jumlah kematian adalah yang tertinggi diketahui Moscow dalam satu serangan sejak peperangan itu bermula 10 bulan lalu.

Dalam satu kenyataan Isnin lalu, Kementerian Pertahanan Russia berkata, tentera Ukraine melancarkan enam roket yang menggunakan sistem roket Himars buatan Amerika Syarikat yang menempatkan ratusan tentera Russia.

Bagaimanapun dua daripada roket berkenaan berjaya ditembak jatuh.

Jurucakap pro-Russia, Igor Girkin pula berkata, pada awalnya, terdapat dakwaan bahawa ratusan tentera Russia yang terbunuh dan cedera, namun, jumlah tepat tidak diketahui kerana sejumlah tentera dilaporkan hilang.

“Bangunan yang diserang itu hampir musnah keseluruhannya,” kata Girkin. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya