Perancis rancang tingkat had usia persaraan kepada 65 tahun

Perancis teliti rancangan tingkat had usia persaraan kepada 65 tahun

Elisabeth Borne
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Kerajaan Perancis dikatakan sedang meneliti cadangan pelan fleksibiliti untuk warga emas dengan meningkatkan had usia persaraan kepada 65 tahun.

Cadangan itu dikemukakan oleh Presiden negara itu, Emmanuel Macron.

Perdana Menteri Perancis, Elisabeth Borne ketika memberitahu stesen radio, FranceInfo, isu bersara pada usia 65 tahun bagaimanapun bukan satu ketetapan wajib.

“Penyelesaian lain yang boleh dibuat adalah dengan membantu kerajaan untuk mencapai sasaran keseimbangan sistem persaraan menjelang 2030,” katanya yang turut mengadakan perbincangan bersama kesatuan-kesatuan sekerja di negara itu.

Borne memberitahu, pelan itu kini menjadi mandat dasar domestik perdana Macron sebagai Presiden Perancis kali kedua.

Mandat yang menjulang kebajikan warga emas itu akan dibentangkan di Kabinet pada 23 Januari ini sebelum diperdebatkan di Parlimen bermula Februari ini.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya