BNM terus kekalkan OPR pada 2.75 peratus

BNM terus kekal OPR pada 2.75 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus selepas Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) membuat keputusan itu pada mesyuarat hari ini.

BNM berkata, petunjuk ekonomi terkini menunjukkan pertumbuhan global terus berdaya tahan, disokong pelaburan teknologi yang kukuh serta keadaan pasaran buruh yang stabil.

“Bagaimanapun, inflasi meningkat sedikit susulan kenaikan kos tenaga dan dijangka kekal tinggi berikutan kesan peningkatan kos terhadap harga pengguna.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketidaktentuan geopolitik dijangka terus memberi tekanan kepada pertumbuhan global, khususnya dalam keadaan tekanan inflasi yang masih berterusan.

“Namun, kesannya dijangka dapat dikurangkan menerusi perbelanjaan berkaitan teknologi yang kekal kukuh serta penyesuaian berterusan terhadap kekangan bekalan,” katanya dalam kenyataan. 

Menurutnya, risiko terhadap pertumbuhan global masih tertumpu kepada ketegangan geopolitik berpanjangan, keadaan kewangan global yang lebih ketat susulan pelarasan dasar monetari, kebimbangan terhadap penilaian pasaran kewangan serta kelemahan kedudukan fiskal.

“Pada masa sama, pertumbuhan global berpotensi meningkat sekiranya perbelanjaan teknologi lebih kukuh dan keadaan rantaian bekalan pulih lebih pantas daripada jangkaan,” katanya. 

BNM berkata, MPC akan terus memantau tekanan kos dan keadaan permintaan domestik bagi menilai kesannya terhadap prospek inflasi.

“Pada tahap OPR semasa, MPC berpandangan pendirian dasar monetari negara kekal sesuai dengan prospek kestabilan harga serta pertumbuhan ekonomi mampan.

“Jawatankuasa itu akan terus memantau perkembangan ekonomi semasa dan menilai kesannya terhadap imbangan risiko membabitkan prospek inflasi domestik serta pertumbuhan ekonomi,” jelasnya. 

OPR berada pada paras berkenaan buat kali kesembilan berturut-turut sejak Julai 2025.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini