Maybank Islamic Nadi Mastercard Credit Card-i kad kredit mampu milik patuh syariah - Utusan Malaysia

Maybank Islamic Nadi Mastercard Credit Card-i kad kredit mampu milik patuh syariah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Maybank Islamic mengumumkan Maybank Islamic Nadi Mastercard Credit Card-i kini dibuka untuk permohonan di seluruh negara, menawarkan penyelesaian kredit patuh syariah yang mudah kepada pelanggan yang layak bagi memenuhi keperluan kewangan harian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Diperkenalkan pertama kali pada Julai 2026, kad kredit-i itu direka dengan ciri yang mudah difahami dan diurus, termasuk kadar keuntungan tetap 14 peratus setahun, tanpa yuran tahunan serta tiada pengkompaunan caj keuntungan.

Pemegang kad turut mendapat akses kepada lebih 1,000 keistimewaan pedagang di seluruh rantau.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perbankan Islam dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Mohamad Yasin Abdullah berkata, penawaran Nadi Mastercard Credit Card-i memberi tumpuan kepada penyediaan kemudahan kredit yang boleh digunakan pelanggan dengan lebih yakin.

“Dengan Maybank Islamic Nadi Mastercard Credit Card-i, tumpuan kami adalah untuk memberikan pelanggan kad kredit yang boleh digunakan dengan lebih yakin.

“Dengan memastikan manfaat dan ciri yang ringkas serta mudah untuk difahami, kami berharap dapat menggalakkan pelanggan membuat keputusan kewangan yang lebih bermaklumat di samping memenuhi keperluan kredit harian mereka,” katanya dalam kenyataan. 

Sempena pelancaran rasmi itu, Maybank Islamic turut memperkenalkan ganjaran alu-aluan kepada pelanggan baharu.

Seramai 1,000 pelanggan pertama yang permohonannya diluluskan, membuat permohonan dan melengkapkan lima transaksi dalam tempoh 60 hari akan menerima baucar petrol bernilai RM50, tertakluk kepada terma dan syarat.

Pelanggan boleh memohon Maybank Islamic Nadi Mastercard Credit Card-i menerusi aplikasi MAE, Maybank2u atau mana-mana cawangan Maybank di seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN