Pasaran saham ditutup positif, mencecah paras 1,500 - Utusan Malaysia

Pasaran saham ditutup positif, mencecah paras 1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia kembali ke paras 1,500 mata apabila meningkat 14.94 mata kepada 1,501.19 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,486.25 pada penutup Rabu.

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,497.36.

Jumlah dagangan sebanyak 2.98 bilion unit bernilai RM2.07 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 716 berbanding 264 dengan 404 kaunter tidak berubah dan 1,1021 tidak diniagakan.

Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun menaik 648.03 mata atau 1.89 peratus kepada 34,868.63 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, Indeks Kospi Korea Selatan menaik sebanyak 1.57 peratus kepada 2,525.56 dan Indeks STI Singapura naik 1 peratus kepada 3.833.30. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya