PETALING JAYA: Bursa Malaysia jatuh 42.97 mata kepada 1,400.59 pada pukul 5 petang tadi, berbanding 1,443.56 pada penutup Selasa.
Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,437.01
Jumlah dagangan sebanyak 3.77 bilion unit bernilai RM3.78 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 919 berbanding 224 dengan 32 kaunter tidak berubah dan 887 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun susut 1,298.55 mata atau 3.93 peratus kepada 31,714.03 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan menurun sebanyak 1.74 peratus kepada 2,293.70 dan indeks STI Singapura jatuh 2.29 peratus kepada 3.390.08.-UTUSAN