PETALING JAYA: MINI, jenama automotif kompak premium meraikan legasi serta evolusi berterusan John Cooper Works (JCW) dengan pengenalan tiga model baharu.
Selain itu, MINI Cooper Convertible baharu turut menyertai barisan penambahan terbaharu dalam keluarga MINI, menawarkan pengalaman pemanduan bumbung terbuka yang unik sejajar dengan semangat MINI “Always Open”.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel, berkongsi, sukar untuk dipercayai hanya sembilan bulan lalu kami memperkenalkan keluarga MINI Baharu kepada rakyat Malaysia dan keterujaannya terus berkembang hingga ke hari ini.
“Kami sekali lagi mengangkat nama lagenda John Cooper Works, yang pertama kali menempa nama dalam sejarah sukan permotoran di jalan-jalan ikonik Monte Carlo dan kini diraikan di seluruh dunia.
“MINI JCW Baharu meneruskan legasi gemilang ini sebagai pewaris sejati, menghidupkan semula enjin berprestasi tinggi dan kelincahan mendebarkan yang telah menjadikan JCW satu legenda.
“Sebagai lambang DNA prestasi MINI, MINI JCW Baharu direka untuk memberikan keterujaan dan pengalaman pemanduan yang mendebarkan, ciri yang sentiasa menjadi identiti JCW ringan, berkuasa dan sememangnya MINI,” katanya dalam kenyataan.
Beliau menambah, dengan pengenalan MINI JCW Serba Elektrik yang pertama dan MINI JCW Aceman serba elektrik yang pertama, pihaknya memperluaskan pengalaman pemanduan JCW yang tidak dapat disangkal lagi kepada lebih ramai peminat, memenuhi pelbagai citarasa sambil kekal setia kepada DNA berprestasi tinggi yang menjadi teras model JCW.
“Model-model elektrik ini meneruskan legasi perlumbaan MINI ke masa hadapan, dengan prestasi mendebarkan yang dipacu oleh kuasa elektrik.
“Pada masa yang sama, kami juga memperkenalkan MINI Cooper Convertible Baharu, yang menonjol dalam barisan MINI dengan pengalaman pemanduan bumbung terbukanya dan reka bentuk memikat, menjadikannya sememangnya tiada tandingan,” katanya.
Di MINI, keunikan adalah teras kepada Malaysia setiap yang kami lakukan, dan barisan model ini meraikan semangat unik yang menjadikan setiap MINIac begitu menyerlah di jalan raya.
Barisan model MINI JCW terkini terus mengangkat legasi prestasi dan warisan perlumbaan, yang bermula daripada kejayaan Mini klasik dalam Rali Monte Carlo, yang mana kelincahannya membolehkan ia menewaskan kenderaan yang jauh lebih besar dan berkuasa.
Mewarisi semangat perlumbaan yang ikonik ini, rangkaian John Cooper Works (JCW) telah lama sinonim dengan prestasi luar biasa serta kelincahan, justeru itu model-model baharu ini terus membawakan pengalaman pemanduan yang tiada tandingan, sama ada dengan enjin berprestasi tinggi atau serba elektrik.
Diperkenalkan seiring dengan barisan MINI JCW Baharu yang berkuasa petrol dan serba elektrik, MINI Cooper Convertible Baharu mencerminkan falsafah “Always Open” pengalaman pemanduan bumbung terbuka yang unik, kini digandingkan dengan kokpit serba digital yang canggih, menawarkan keseronokan pemanduan dan kebebasan sebenar. – UTUSAN