PENGUMUMAN Presiden Amerika Syarikat (as), Donald Trump mengenai pelaksanaan tarif baharu ke atas barangan import berpotensi memberi kesan besar kepada ekonomi global. Kadar tarif yang dikenakan pentadbiran Trump terhadap Malaysia adalah 47 peratus dengan kadar diskaun sebanyak 24 peratus. Langkah tersebut dijangka menjejaskan negara-negara membangun termasuk Malaysia yang bergantung kepada perdagangan antarabangsa sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi. Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Prof. Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Azlan Ghazali berkata, Malaysia kini berdepan cabaran besar dalam menyesuaikan diri dengan perubahan dalam dasar perdagangan global ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya