LZS catat kutipan zakat RM1.22 bilion, tertinggi dalam sejarah - Utusan Malaysia

LZS catat kutipan zakat RM1.22 bilion, tertinggi dalam sejarah

SYED Anwar Jamalullail (kiri) bersama Mohd Khaidzir Shahari (kanan) bergambar pada sidang media Prestasi Agihan dan Kutipan Zakat Selangor bagi Tahun 2024 di Menara Zakat Sultan Idris Shah, Seksyen 14, Shah Alam, semalam. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mencatatkan kutipan zakat tertinggi dalam sejarah penubuhannya apabila mencecah RM1.22 bilion bagi tahun kewangan berakhir Disember 2024.

Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail berkata, pencapaian ini menandakan tahun ketiga berturut-turut LZS melepasi paras kutipan dan agihan zakat melebihi RM1 bilion.

Katanya, ini merupakan bukti terhadap kepercayaan berterusan lebih 380,000 pembayar zakat serta iltizam LZS dalam mengurus dana zakat secara berintegriti dan berimpak.

“Sepanjang 2024, LZS telah menyalurkan RM1.19 bilion kepada lapan kategori asnaf, peningkatan tiga peratus berbanding tahun sebelumnya sebanyak RM1.15 bilion.

“Daripada jumlah ini, kategori asnaf fakir dan miskin menerima agihan tertinggi berjumlah RM707 juta, iaitu 60 peratus daripada jumlah keseluruhan agihan zakat mencerminkan fokus berterusan LZS terhadap kelompok yang paling memerlukan di Selangor.

“Agihan zakat ini telah menyantuni lebih 77,800 keluarga fakir dan miskin sepanjang  2024, peningkatan sebanyak 19 peratus berbanding 2023,” katanya pada sidang akhbar pengumuman kutipan dan agihan zakat 2024 dan Pelancaran Laporan Kelestarian LZS di sini hari ini.

Syed Anwar berkata, memandangkan keadaan ekonomi dan sosial vang semakin mencabar, LZS melaksanakan pengagihan zakat mengikut kerangka yang terancang berasaskan lima program pembangunan utama iaitu pembangunan sosial, pendidikan, institusi keagamaan, pembangunan insan dan pembangunan ekonomi.

“Daripada jumlah keseluruhan agihan zakat, sebanyak RM780 juta telah disalurkan untuk pembangunan sosial termasuk bantuan kewangan bulanan, sewaan rumah, pembinaan dan baik pulih kediaman, serta rawatan perubatan kritikal dan dialisis.

“Di samping itu, LZS percaya bahawa pendidikan mampu membuka lebih banyak peluang untuk keluarga asnaf membina masa depan yang lebih baik. 

“Maka, sebanyak RM194 juta telah disalurkan di bawah Program Pembangunan Pendidikan, melibatkan peningkatan 13 peratus berbanding tahun lalu, selaras dengan pertambahan penyertaan generasi kedua asnaf ke peringkat pengajian tinggi dan program TVET,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya