PETALING JAYA: Lexis Hotel Group teruja untuk kembali ke Pameran anjuran persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair 2025), dengan menawarkan peluang keemasan kepada para pengembara dengan penjimatan eksklusif sehingga 42 peratus.
Presiden, Lexis Hotel Group, kata Datuk Prof. Mandy Chew Siok Cheng berkata, tawaran bermula 18 hingga 20 April 2025 itu bagi membolehkan pelanggan menikmati penjimatan bagi baucar penginapan di semua hotel dan resort Lexis Hotels.
“Kami sangat teruja untuk kembali menyertai pameran pelancongan paling ikonik di Malaysia.
“Promosi eksklusif ini adalah penghargaan kami kepada para tetamu memudahkan mereka menikmati resort bertaraf anugerah kami dengan nilai yang sangat berbaloi,” katanya dalam kenyataan.
Tawaran eksklusif termasuk Lexis Hibiscus Port Dickson (Sky Pool Villa RM590 dan Premium Pool Villa RM690) manakala, Grand Lexis Port Dickson (Deluxe Suite RM490 dan Premium Pool Villa RM590).
Selain itu, di Lexis Port Dickson (Premium Tower Room RM230 dan Premium Water Chalet RM330 dan Lexis Suites Penang (Premium Pool Suite RM390).
Lexis Hotel Group menawarkan pilihan terbaik untuk setiap jenis pengembara dengan tawaran baucar bilik sahaja serendah RM230 bersih, ini adalah peluang keemasan anda untuk penginapan mewah tanpa membebankan bajet.
Bagi mereka yang berminat boleh mengunjungi reruai 1P26, Aras 1 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur, bermula pukul 10 pagi hingga 9 malam.
Setiap baucar bilik sah untuk dua orang dan boleh ditebus dalam tempoh satu tahun dari tarikh pembelian sesuai untuk percutian hujung minggu spontan, percutian keluarga yang bermakna atau percutian romantik.
Dengan kemudahan bilik yang lengkap dan layanan mesra yang menjadi tanda dagangan Lexis, setiap penginapan menjanjikan kemewahan dan kenangan yang tidak dapat dilupakan. – UTUSAN