KPKT pertimbang wujud akta baharu tangani pengurusan harta, bangunan lemah - Utusan Malaysia

KPKT pertimbang wujud akta baharu tangani pengurusan harta, bangunan lemah

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Nga Kor Ming berucap ketika majlis pelancaran Laporan Perumahan Terbengkalai Institut Rehda Pelancaran di Simposium Strata Antarabangsa di M World Hotel Petaling Jaya di sini hari ini. - UTUSAN/MUHAMMAD NAIM HELMI HAFIDZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan akta baharu bagi menangani isu pengurusan harta dan bangunan yang lemah di negara ini.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, pihaknya mengetengahkan beberapa isu berlarutan berhubung perkhidmatan pengurusan harta yang lemah di Malaysia, yang menyebabkan penurunan dalam nilai aset harta, terutamanya bagi bangunan berstrata.

Jelas beliau, terdapat hanya 594 firma berlesen yang menguruskan 26,334 skim strata atau 2.91 juta unit dalam harta strata di Malaysia.

“Dalam erti kata lain, setiap firma secara purata bertanggungjawab untuk menguruskan hampir 4,900 unit dalam harta strata.

“Kekurangan firma berlesen ini mendorong kepada kualiti perkhidmatan yang lemah bagi Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Jawatankuasa Pengurusan (MC) serta penambahan pengurus harta yang tidak berlesen di seluruh negara,” katanya sempena perasmian di Simposium Strata Antarabangsa di sini hari ini.

Hal ini menyebabkan ramai pemilik harta dan penyewa, terutamanya dalam skim strata, berdepan kesukaran berikutan kemerosotan nilai aset harta mereka akibat pengurusan bangunan yang lemah dan tidak mencukupi oleh pengurus harta yang tidak bertauliah, mahupun terlatih atau jujur.

Kor Ming berkata, kementeriannya berkerjasama dengan beberapa persatuan serta kumpulan berkepentingan dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.

Katanya, hal ini bertujuan untuk mengkaji satu akta baharu yang komprehensif yang akan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pengawalseliaan pengurusan harta dan bangunan di bawah KPKT.

“Pada masa ini, pengurus harta dikawal selia bersama penilai, pentaksir dan ejen harta tanah di bawah Akta 242.

“Dengan mewujudkan akta baharu yang khusus bagi pengurus harta, kami berhasrat untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pengurusan harta di Malaysia, memastikan yuran penyelenggaraan yang dibayar oleh pemilik atau penyewa harta digunakan secara betul seperti untuk penyelenggaraan lif dan taman, pengubahsuaian kemudahan, pengumpulan sisa buangan atau pembaikan sistem kumbahan,” katanya.

Menurutnya, pada masa ini, dengan mewujudkan akta baharu khusus untuk pengurus hartanah bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pengurusan hartanah di Malaysia.

“Selain itu, bagi memastikan bahawa yuran penyelenggaraan yang dibayar oleh pemilik hartanah atau penyewa digunakan dengan betul seperti penyelenggaraan lif, pembaikan kemudahan, pengumpulan sampah atau kerja pembaikan sistem pembetungan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya