Hasil sektor perladangan dijangka terus meningkat - Utusan Malaysia

Hasil sektor perladangan dijangka terus meningkat

HASIL sektor perladangan dijangka terus meningkat di sebalik pelaksanaan tarif Trump. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasil bagi sektor perladangan dijangkakan terus meningkat pada separuh pertama 2025 dipacu peningkatan purata harga minyak sawit mentah (MSM) yang lebih tinggi, menurut MIDF Research.

Bagaimanapun, firma penyelidikan itu berkata, margin berkemungkinan kekal di bawah tekanan disebabkan peningkatan kos pengeluaran termasuk baja yang dibeli pada harga lebih tinggi pada separuh kedua 2024.

MIDF Research berkata, keadaan itu diburukkan lagi dengan perbelanjaan buah tandan segar (BTS) yang tinggi dari luar dan kadar pengguna kilang yang rendah.

“Oleh itu, kami menjangkakan hanya segelintir pengeluar menerima manfaat daripada kenaikan harga MSM.

“Kami mencadangkan untuk mengelak pengeluar lebih kecil dengan pendedahan ketara kepada pembelian BTS daripada pihak luar kerana ia membahayakan pengeluaran MSM mereka terutamanya semasa persekitaran rehat pokok semasa.

“Kami juga mencadangkan untuk memberi tumpuan kepada syarikat besar seperti 10l Corporation Bhd.,SD Guthrie dan Genting Plantations Bhd. yang mempunyai perolehan MSM melebihi 50 peratus dari ladang mereka sendiri yang menawarkan kestabilan harga,” katanya dalam nota kajian.

Melangkah ke hadapan, MIDF Research berpendapat, keadaan rehat pokok dan pemulihan pengeluaran yang lebih perlahan dijangka berterusan dengan pengeluaran tempatan hanya berkembang sebanyak 1 peratus kepada 19.5 juta tan metrik ada tahun ini.

Katanya, cuaca basah sehingga April dilihat bakal menjejaskan 75 peratus daripada produktiviti tanaman pada suku kedua tahun ini.

“Ini boleh menjadikan purata harga dagangan MSM tinggi sepanjang tempoh itu,” katanya.

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan “neutral” terhadap sektor itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya